7 kesilapan yang harus dielakkan ketika melayan hartanah rumah busuk

0
1555
Sumber gambar : pixabay.com
Sumber gambar : pixabay.com

Kalau korang main masuk je pelaburan rumah busuk, ada kemungkinan korang bakal berdepan dengan pelbagai masalah.

Nak masuk game rumah busuk, korang kena mula cari ilmu berkenaan rumah rumah. Nanti takdelah korang rugi duit.

Buat korang yang tengah plan nak cuba rumah busuk pula lepas ni, jemput hadamkan perkongsian bermanfaat dari Tuan Ir. Ajak Abdul Razak yang kami baca dekat Facebook beliau ini.

Antara kesilapan yang harus di elak kan dalam melayan hobi hartanah rumah busuk adalah:

#1 Tiada bajet bayar baki 90%

Saya bagi contoh jika beli rumah busuk melalui lelongan awam:

  • Mampu sediakan wang deposit 10%
  • Kos pengurusan agent pun mampu bayar

Tapi tiada bajet tunai untuk bayar baki 90%. Malah nak mohon pembiayaan bank pun tidak layak juga.

#2 Tiada wang nak bayar kos lawyer

Apabila membeli rumah busuk samada melalui lelongan awam atau kaedah subsale, mesti perlu sediakan wang untuk kos fee pihak lawyer. Kos anggaran sekitar 5% dari harga rumah termasuk bayaran sijil setem duti ke lhdn (sediakan anggaran bajet sekitar 6% lebih selamat kerana harga berbeza beza ikut kes).

 

#3 Tiada bajet nak baiki

Jika dah nama pun rumah busuk ,pada kebiasaan dalam keadaan uzur dan buruk. Perlu sediakan bajet untuk kos membaik pulih. Paling tidak pun untuk menjadikan rumah dalam keadaan basic asal semula bagi tujuan boleh didiami. Jika ada bajet lebih boleh merancang untuk ubahsuai menjadi rumah yang sangat wangi

 

#4 Kawasan jin bertendang

Mentang mentang lah nama nya rumah busuk. Betul betul dicari “kawasan jin bertendang”.
Maksud saya ialah kawasan rumah yang jauh dari kemudahan awam. Orang lain pun tak mahu tinggal dan sewa di kawasan itu. Tup tup korang pulak pilih dengan suka hati untuk membeli. Masaklah ceritanya.

#5 Tiada ilmu nak wangi kan

Nama pun rumah busuk. Maka perlu usaha untuk wangikan rumah mesti nak ada ilmu nak wangikan . Ada idea nak buat ubahsuai. Ada skil untuk berbincang dengan pihak kontraktor. Jangan sampai tersontot pulak .Malah perlu pilih kontraktor yang jujur dan baik

#6 Tiada mentor untuk bantu

Carilah mentor yang sesuai untuk bantu anda. Kadang- kadang kita tak tahu apa yang kita tak tahu sebenar nya. Apabila ada masalah maka ada tempat untuk mengadu atau bertanya. Anggaplah sebagai guru kita.

#7 Pasangan tidak menyokong

Nak layan rumah busuk ini kekadang modalnya kasar, bukan setakat seringgit atau sepuluh ringgit. Maka pasangan juga perlu menyokong sepenuhnya . Jika dia tak setuju agak payah nak jalan seiring. Buatnya pasangan jenis membebel mak nenek?
Jenuh lah jawabnya.

Kesimpulan nya pastikan 7 kesilapan di atas tidak dilakukan sewaktu nak layan rumah busuk. Besar impaknya jika berlaku.Yuhuu.

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk

Sumber: Ir. Ajak Abdul Razak
Sumber: Ir. Ajak Abdul Razak

Nota:
Gambar sebenar salah satu siri kes rumah lelong di dalam tandas sebuah rumah busuk yang saya miliki

Comments

comments