7 kaedah wajib guna untuk beli rumah pertama sebelum tersilap langkah 

0
364

Kami yakin semua orang nak ada rumah sendiri. Dapat sebiji kira alhamdulillah sangat dah. Dapat lebih dari tu, bonus.

Rumah bukannya makin murah. Ada yang makin meningkat dari masa ke semasa. Kalau tersilap beli, memang bermasalah.

Jadi sebelum korang tersilap beli rumah (rumah pertama pula tu), gunakan 7 kaedah yang kami baca dari Tuan Syahrizat Mohd Halid ini.


AWAS

Ini panjang kerana ia bantu elakan anda tersilap, nak kasi hadam kenalah jelas.

Nak beli hartanah. Pilihlah jalan yang selamat dan sesuai untuk anda.

Tapi apa maksud selamat dan sesuai tu?

Oklah. Beli hartanah ni bukan main main beli. Ia komitmen ye. Dan jangan sentiasa fikir, elehhh jangan la risau. Kalau tak seronok jual jelah. Tak tentu ye. Jadi sila baca perlahan lahan.

Maksud selamat dan sesuai, ini maksudnya:

#1 Ikut mampu poket sendiri

Hartanah ni ada kos kos lain yang anda tanggung, selain bayaran bulanan. Kos yuran selengara pun ada.
Ia harus berpadanan dengan poket kita, jangan sampai hartanah tadi hanya jadi biawak yang terpaksa kita pikul atas kesilapan kita silap membelinya.

 

#2 Beli bukan ikut emosi tapi matlamat yang jelas

Jika kita membeli hartanah untuk tinggal sendiri, maka itu contoh pembelian paling selamat.

Kenapa selamat? 

Selamat kerana semasa membeli tadi, awal awal memang kita tahu kita yang duduk. Jadi awal awal kita dah rancang macamana kita nak bayar nanti. Mampukah kita atau tidak mampukah kita

Itulah sebabnya jika beli untuk pelaburan, ia sedikit bahaya berkemungkinan kita selalu fokus orang lain yang bayarkan. Tetapi soalannya, siapa yang bakal bayarkan?

 

#3 Tahu tahap kesihatan kewangan kita 

Adalah sangat baik jika kita sedia awal tahu paras kesihatan keboleh pinjamanan kita, bermaksud kita sendiri kena tahu gambaran bagaimana kesihatan

  • CCRISS, rekod atititud pembayaran atau displin pembayaran hutang bulanan, suka lambat ke awal bayar ke. Memang saja saja tak nak bayar ke.

Website BNM Borang CCRIS
http://creditbureau.bnm.gov.my/download.html

Tetapi kalau nak cepat, terus ke kaunter Kisok di Bank Negara Malaysia, alah tak jauh pun dengan Sogo dan Jalan TAR, boleh la ada alasan nak shopping tudung.

 

  • CTOS sedikit berbeza, ia adalah rekod kisah hitam hutang lapuk contoh dulu pernah pinjam Cot Mamoth pastu lari bawak TV.

Hari ni mudah, kita boleh semak secara online disini :

https://www.ctoscredit.com.my/

Disitu anda akan terima lapuran kesihatan kewangan anda.

Tetapi kalau nak tahu kewangan anda sihat atau tak paling mudah adalah lihat sendiri dua benda ni:

  • Baki Kad Kredit Anda
  • Berapa Personal Loan anda Ada

Senang kan faham maksud yang saya nak sampaikan?

 

#4 Anda tahu kelayakan anda dan tidak terlebih berangan

Apa penting DSR atau “Debt Service Ratio” ini pada anda?
Jika anda faham, maka anda tahu sejauh mana anda layak dan berapa realistik anda harus lakukan.

Baiklah, yang belum faham memgenai “DSR”, berikut kaedah asas mengira berapa kelayakan pinjaman yang kita layak.

Ini hanya ilustrasi kasar sahaja, berbeza sedikit dengan setiap bank di Malaysia

Jika, gaji bawah RM3500 sebulan
= gaji kasar x 50%
= jumlah layak loan

Maka,

jumlah layak – hutang sekarang
= baki layak loan anda layak untuk buat pinjaman

** bagi income lebih RM3500 hanya darabkan dengan 65% atau 75% bergantung pada bank

 

#5 Anda tahu anggaran bulanan dengan harga rumah yang anda layak

Oklah, tadi anda telah pun buat kiraan berapa baki gaji yang anda layak untuk gunakan sebagai jumlah pinjaman hartanah
Untuk mudahkan pemahaman anda, saya anggarkan setiap 500 ringgit lebih kurang sama seperti 80K – 120K mengikut umur pembeli.

Contoh : Ayu gadis 25 tahun masih layak loan 35 tahun. Setiap RM500  budget bulanan = RM110k, jika layak beli 1000 maka, lebih kurang RM220k layak..
.
Dan, jika layak Ayu tadi layak RM200K jangan minta Landed di tengah kota KL ini. Anda harus realistik dengan apa yang anda cari.

 

#6 Anda tahu pasaran semasa hartanah

Sekarang ni maklumat di hujung jari, tanpa kemana mana pun anda boleh lihat harga terkini. Anda boleh mulakan dengan buat semakan di website atau mana mana platform hartanah. Lihat sendiri apa yang boleh kita dapat dari nilai harga hartanah yang kita layak.

Mudah.my
I-Property.com
PropertyGuru.com

Sangat banyak. Lihat dan buat perbandingan.

 

#7 Anda boleh guna khidmat REN atau agen hartanah berdaftar

Menggunakan khidmat REN atau Agent Hartanah semestinya anda akan lebih selamat kerana terdapat badan yang mengawal urus niaga mereka. Carilah REN atau Agent yang mudah anda berurus. Yang anda selesa berurusan.

Secara ringkas berikut tips elak ditipu semasa proses membeli hartanah

  • Gunakan khidmat REN atau Agent Berdaftar
  • Lihat hartanah yang ingin dibeli tadi
  • Tidak bayar booking atau deposit kepada individu
  • Pastikan anda faham kos yang bakal anda tanggung

Semoga tips hari ni bermanafaat dan mampu membantu anda miliki hartanah dengan selamat.
Syahrizat Mohd Halid
Sahabat Hartanah Anda
FB Page : Tips Mudah Beli Rumah

Comments

comments