7 ciri perempuan bijak kewangan yang patut anda cari jika ingin berkahwin

0
269

 

“Macam mana nak pastikan pilihan pasangan kita tu betul?”

Mesti biasa dengar kan soalan ni? Sebenarnya agak susah untuk jawab betul ataupun tidak. Cuma kita boleh fikir semasak-masaknya sebelum memilih pasangan kita.

Selain daripada kriteria agama, korang juga boleh masukkan kriteria baik pengurusan kewangan dalam memilih pasangan. Bila pengurusan kewangannya baik, insyaAllah selepas kahwin, dia mampu membantu suami dalam uruskan rumah tangga.

Jom baca perkongsian best dari Tuan Amir Syahir ni. Semoga bermanfaat.

 

Edisi: Pengurusan Kewangan

Kau nak cari calon isteri jangan nak cari yang dahi licin je. Memang agama yang pertama. Tapi kau kena cari yang pandai uruskan kewangan juga. Kira kalau ada bonus untuk kau la.

Kalau calon isteri kau ada tujuh perkara ni, laju-laju kau masuk meminang dia. Ajak kahwin terus. Rugi dibiarkan lama-lama. Nanti lama-lama dia disambar orang.

 

Antaranya :

#1 Minat Menyimpan Wang

Dia jenis yang minat menyimpan wang. Tak suka membazir kepada perkara yang bukan-bukan. Kau nak belikan hadiah ke dia terus cakap “Tak payahlah lah Biey, rugi je”, “Tak payahlah lah Sayang, simpan la duit tu”. Bukan tiap kali dating asyik perabih duit kau je suruh beli patung beruang besar.

#2 Tak Kisah Jika Kau Ajak Makan Kedai Biasa-Biasa

Kalau kau ajak dia makan kedai biasa atau kat warung, dia tak kisah pun. Asalkan makanan sedap, halal dan bersih. Tak macam makwe lain, pakai tudung lilit, apa kelas makan kedai murah. Paling kurang pun Nandos.

#3 Tak Malu Naik Kereta Biasa-Biasa

Dia jenis tak kisah pun kau pakai kereta apa. Tak malu dengan keluarga dan kawan-kawannya. Bukannya setiap hari suruh kau tukar Honda City je. Nak nampak kelas sikit.

#4 Tak Minta Hadiah Mahal

Setiap kali hari jadi dia takde nak minta barang yang mahal-mahal. Contohnya macam beg tangan LV, jam tangan Rolex, make up mahal-mahal. Setiap kali dating tak minta bunga ros bagai. Nak nampak sweet kononnya.

#5 Nak Buat Kenduri Kahwin Biasa-biasa Saja

Dia jenis nak buat kenduri kahwin setakat yang mampu. Takde nak buat Wedding Of The Year bagai sampai nak buat pinjaman peribadi. Hantaran pun tak letak tinggi. Ijazah untuk minta kerja, bukan untuk minta hantaran RM20K.

#6 Tak Minta Nak Bercuti Sana Sini Sebelum Kahwin

Dia bukan jenis nak ajak pergi bercuti sana sini sebelum kahwin. Nak cipta sweet moment kononnya. Biarlah cipta kenangan terindah selepas kahwin.

#7 Tak Kisah Kalau Gaji Kau Sikit

Dia tak kisah pun kalau gaji kau rendah daripada dia. Takde nak berlagak. Dia terima kau seadanya. Yang penting kau jenis bertanggungjawab.

 

Manusia tidak sempurna. Kalau kau tengah bercinta dan pasangan kau takde ciri-ciri di atas, janganlah kau tinggalkan dia pula.

Kau bimbing dan ajar la dia supaya lebih bijak menguruskan kewangan. Lengkapkan kekurangan, barulah kehidupan akan lebih bahagia.

Sama-sama belajar ke arah kebaikan. Sekarang ni duit bukan segala galanya. Tapi semua nak pakai duit.

Kalau kau duk membazir benda bukan-bukan je, mungkin kedudukan kewangan masa depan kau akan terjejas. Kah!

Comments

comments