7 cara menyimpan dengan bijak bagi anda yang baru nak bermula

0
237

Nak mula menyimpan, memang bukan senang. Cuma ingat satu perkara ni. Tak mulakan menyimpan sekarang, nak guna duit apa bila kita berdepan dengan sesuatu yang tak diingini?

Sekarang dah lah banyak benda pakai duit. Nak tak nak, kena juga mulakan menyimpan.

Hadamkan perkongsian dari Tuan Mior Hafis Mior Ahmad ini. 7 tips yang yang diberikan beliau insyaAllah korang boleh mula buat lepas habis baca.

Kita menyimpan pada dasarnya adalah kerana kita tidak boleh meramalkan masa depan.

Menyimpan wang boleh membantu kehidupan kita lebih terjamin dari segi kewangan dan membantu kita dalam saat kecemasan.

Tetapi kita seringkali menghadapi masalah bagaimana untuk menyimpan dan terus menyimpan.

Tanpa disiplin dan komitmen mungkin sukar untuk berjaya.

Berikut adalah beberapa teknik asas untuk memulakan simpanan yang anda boleh praktikkan:

Tip #1: Tanamkan mindset ‘saving’

Mindset sangat penting dalam menyimpan. Segala perkara bermula dengan mindset kita, jika mindset kita kata tidak boleh, maka tidak bolehlah kita.

 

Tip #2: Bermula dengan sedikit

Nak menyimpan tidak semestinya dengan nilai yang besar. Malah anda boleh bermula dengan nilai yang sedikit dahulu, ini bertujuan untuk membiasakan diri anda dahulu dengan tabiat menyimpan.

 

Tip #3: Rekod perbelanjaan harian

Siapa yang tak pernah membuat lejer perbelanjaan harian ? Sebenarnya anda kerugian kerana tidak mempunyai sebarang rekod wang keluar masuk. Adalah sangat penting untuk kita mengetahui segala urusan perbelanjaan harian supaya anda tahu kemana perginya wang anda.

 

Tip #4: Potong yang tidak penting

Kita ambil contoh mudah ialah Astro. Pelbagai saluran dan pakej yang ditawarkan oleh mereka. Tetapi adakah semua saluran tersebut kita akan tonton ? Malah beza harga setiap pakej adalah berbeza. Jika banyak pakej maka tinggilah bil Astro kita. Atau juga perbelanjaan seperti gym, hiburan dll.

 

Tip #5: Tambah pendapatan sampingan

Ini salah satu cara yang positif anda boleh lakukan untuk menambah simpanan anda. Side income. Contoh anda boleh buat ialah berniaga online atau menjual buku-buku ilmu. Sedikit sebanyak untung dari jualan boleh dibuat simpanan.

 

Tip #6: Berhenti beli mula menjual 

Kurangkan tabiat membeli barang-barang yang tidak ada kepentingan pada anda. Tapi mulalah menjual barang-barang yang anda sudah tidak gunakan lagi. Orang panggil Pre-Love.

 

Tip #7: Simpan dulu baru belanja

Teknik ini biasa dipraktikkan oleh sesetengah orang. Apabila dapat wang gaji, terus asingkan wang untuk tabung simpanan anda sebelum membayar hutang piutang atau berbelanja.

Menjadi tanggungjawab kita untuk tentukan kewangan sendiri. Bila baru bermula menyimpan, cari tips yang praktikal dan kita boleh buat.

Kami percaya korang boleh buat. Yang penting, kena tahu kemampuan diri sendiri.

 

Silakan SHARE artikel tips ini jika korang rasa bermanfaat. Ilmu yang baik, kita buat sama-sama.

 

Comments

comments