6 perkara yang anda perlu tahu tentang tertib menguruskan harta pusaka

0
1828
Sumber gambar : careeraddict.com
Sumber gambar : careeraddict.com

‘Tak perlu risau, kitakan ada Faraid.”

Itu kata seorang prospek apabila ditanya tentang pengurusan harta pusaka. Sebenarnya Faraid adalah sebaik-baik pembahagian harta pusaka, ianya datang dari kalam Allah. Malah, cendekiawan barat mengagumi pengurusan harta pusaka melalui Faraid.

Dalam pengurusan harta pusaka, sebaiknya kita perlu lengkapkan diri dengan pelbagai ilmu. Pengetahuan tentang harta pusaka sangatlah meluas dan ianya adalah bahagian terakhir dalam perancangan kewangan Islam itu sendiri. Bab tentang ini sangatlah tebal bukunya!

Ianya melibatkan pelbagai perundangan sedia ada.

Untuk senang pemahaman, di Malaysia ini sendiri tertib pembahagian harta pusaka adalah mengikut rajah di bawah.

Tertib Pengurusan Harta Pusaka.jpg

 

#1: Pengurusan jenazah

Selesaikan hak-hak si mati, iaitu pengurusan jenazah termasuklah pengebumian. Majlis kenduri-kendara (majlis 7 hari, majlis 40 hari) bukanlah termasuk dalam pengurusan jenazah.

 

#2: Pengurusan hutang-hutang.

Ini termasuklah hutang kepada bank-bank (kereta, motor, rumah, PTPTN) dan hutang kepada orang lain. Hutang beli kuih, hutang kuih raya dan sebagainya asalkan hutang.

 

#3: Pengurusan cukai dan zakat

Cukai adalah tanggungjawab kepada negara, jika masih belum melunaskan cukai maka perlulah selesaikan. Hutang kepada Allah dari segi pembayaran zakat, juga kena selesaikan. Badal haji, juga termasuk ‘hutang kepada Allah’.

 

#4: Tuntutan harta sepencarian

Di Malaysia, dibenarkan untuk membuat tuntutan harta sepencarian. Ianya adat (uruf) selagi tidak melanggar syarak dan dibenarkan. Maksimum adalah 50%, mengikut budi bicara hakim.

 

#5: Wasiat

Seorang Muslim sangat dititikberatkan untuk melakukan wasiat. Perlaksanaan wasiat boleh sehingga 100% nilai harta, asalkan mendapat persetujuan waris-waris (waris Faraid) sedia ada. Jika tidak mendapat persetujuan, hanya 1 / 3 daripada nilai harta pusaka dibenarkan untuk perlaksanaan wasiat.

 

#6: Faraid

Selepas tolak pembahagian nombor 1 hingga nombor 5, bakinya barulah mengikut pembahagian Faraid.

 

Oleh itu, sebaiknya merancanglah tentang harta pusaka. Ikutlah saranan agama, menulis wasiat selagi ada nafas, masa dan kemampuan.

 

Artikel ini telah disumbangkan oleh Tuan Adib Yazid

Comments

comments