6 perkara penting yang anda perlu buat sebelum berani berhutang. Point ke 2 paling penting.

0
1334

Orang suka dan berani berhutang dengan bank sebab dia yakin dia stabil kewangan dan mampu bayar ansuran setiap bulan. Lagi pun, kita semua tak mampu meramal masa depan.

Kena bersedia. Manalah tau kot-kot ada benda buruk berlaku kat kita, kan. Kena buang kerja ke, hilang tempat bergantung harap ke. Sebab tu, saya galakkan korang buat 6 benda ni sebelum berani berhutang.

 

1. Ada sumber pendapatan kedua sekurang-kurangnya sama dengan gaji hakiki. Kalau ada yang dua kali ganda lagi bagus. Back up macam ni sangat penting. Kita akan rasa lebih secure.

 

2. Ada tabung kecemasan 3 hingga 6 bulan gaji. Contoh gaji korang RM3K, jadi kenalah ada RM9K hingga RM18K sebagai dana kecemasan. Buat segera, jangan bertangguh lagi.

 

3. Buat hutang bukan untuk impress orang lain. Yang biasa orang kita amalkan sejak turun temurun adalah, buat hutang beli kereta mahal, pergi travel, sambut raya, kahwin grand ala-ala princess.

 

4. Buat hutang yang bagi pulangan. Apa-apa berlaku, pulangan daripada hutang tu, boleh kita guna untuk bayar hutang bulan-bulan. Contoh rumah pelaburan, Uber atau Grabcar.

 

5. Elak guna kad kredit max limit tapi bayar minimum. Bayar tak pernah culas, tapi hutang tak jugak berkurang. Inilah masalah dengan kad kredit. Sebab kadar interest tinggi, sampai 18%.

 

6. Ambil takaful untuk setiap hutang yang korang buat tu. Biasa memang bank dah masukkan sekali. Kalau berlaku musibah besar kat korang, takaful akan selesaikan baki hutang korang.

Ada orang buat hutang untuk jadi makin kaya, ini kena ada ilmu. Ada orang buat hutang boleh jatuh muflis dan bankrap, okay yang macam ni tak perlu ada ilmu. Pinjam banyak-banyak, tak payah bayar-bayar.

 

Sumber artikel disini

Sumber gambar

Comments

comments