6 panduan kewangan yang anda kena mulakan sebelum terlambat

0
609

Bila dengar real case orang yang ada masalah kewangan, memang rasa tragis betul.

Orang lain cuma mampu bagi pendapat atau nasihat. Yang boleh ubah cuma korang saja.

Jadi sebab tu kami berusaha untuk galakkan korang jadi bijak kewangan dan pandai uruskan duit supaya bila berdepan dengan masalah, korang dapat idea bagaimana nak cari jalan keluar.

Kali ni kami nak kongsikan panduan kewangan. Semoga bermanfaat.

#1 Jelas dengan matlamat kewangan korang

Nak ada simpanan berapa ribu untuk tahun ni? Matlamat kewangan kena clear baru korang boleh rancang ke mana jalan korang nak pergi.

Contohnya katakan korang nak beli rumah dalam masa 3 tahun. Target rumah RM200K. Sekurang-kurangnya korang perlu ada deposit 10 % – 15% dari harga rumah. Jadi korang perlu ada dalam RM 30000. Setiap bulan anggaran perlu disimpan RM833. Fuh banyak kan? Jadi fikir-fikir kan. Kalau korang tak mula menyimpan dari sekarang, lagi lambatlah korang nak capai matlamat korang tu.

 

#2 Jangan membeli jika tak perlu

Bagi semangat kat diri sendiri supaya teruskan menyimpan walaupun kadang korang tergoda dengan ‘sale’ , discount dan sebagainya. Katakan TIDAK ketika hati tergoda dengan sale. Sebelum nak beli, tanya dulu diri. “Barang ni aku perlu ke tak sebenarnya?”

Kalau tak perlu, jangan beli. Nanti korang menyesal. Dahlah menyesal, duit pula habis. Jadi buat keputusan yang bijak. Jangan terburu-buru.

Bezakan antara keperluan dan kehendak.

 

#3 Tambah pendapatan

Mulakan mencari pendapatan sampingan. Korang boleh mulakan bisnes online/ perkhidmatan servis berdasarkan kemampuan diri sendiri. Tengok kemampuan diri okay? Janganlah pula korang dah busy sampai ke malam, korang paksa diri tambah pendapatan sampai jatuh sakit. Berpada-padalah. 


#4 Banyakkan menyimpan

Simpan. Simpan. Simpan. Dapat gaji, simpan 10%. Bahagikan simpanan mengikut tabung yang korang nak. Tabung kecemasan. Tabung Rumah Pertama. Tabung Kahwin. Eh?

Nak simpan di Tabung Haji atau ASB, terpulanglah. Pilihan masing-masing.


#5 Dapatkan pendapat yang lebih pakar

Minta pendapat orang yang lebih berpengalaman ketika nak buat keputusan berkaitan wang. Apa saja yang melibatkan jumlah wang yang besar, minta pendapat orang lain supaya korang tak tersontot dan menyesal tak berlagu. 


#6 Hidup di bawah kemampuan

Walaupun korang bergaji 3k, janganlah korang pergi hidup macam orang kaya raya petik jari pun dapat. Belajar ukur baju di badan sendiri jangan nak terikut lifestyle orang lain yang hipster sangat. Hanya korang yang mampu kawal kewangan korang. 

Kalau tahun lepas tak alert dengan pengurusan kewangan, tahun ni kita mula ubah. Takpe baru nak bermula sekalipun. Lebih baik mulakan sekarang dari tak mula langsung.

Jaga kewangan sebelum terlambat. Nanti dah terlambat, kewangan pun dah tahap negatif, masa tu menyesal pun ambil masa nak baiki. Pilihan di tangan masing-masing.

Jom kita mula jaga kewangan 2018.

Comments

comments