6 langkah yang perlu anda ambil untuk memulakan pelaburan hartanah. Baca artikel ini sampai habis.

0
1166

Mesti anda pernah berminat nak melabur dalam pelaburan hartanah sebab nak dapatkan pendapatan pasif dalam jangka masa panjang. Walau bagaimanapun, kadangkala kita takut untuk bermula kerana tak tahu macam mana nak mulakan.

Berikut kami kongsikan 6 langkah bagaimana anda boleh buat perjanjian pangsapuri pertama anda.

 

Langkah #1 Gunakan bahasa yang betul

Anda harus gunakan bahasa yang betul ketika berurusan dengan orang lain. Anda hanya ada satu peluang sahaja untuk dapatkan ‘first impression’ yang bagus. Jadi jika anda menghubungi broker dan bercakap seperti seorang ‘newbie’, anda akan menghadapi masalah untuk meyakinkan beliau.

Ini bermakna anda harus mendidik diri sendiri. Baca bahan bacaan yang bermanfaat dan percuma. Maksimakan bahan bacaan yang anda boleh dapatkan termasuk buku. Mungkin anda boleh mendapatkan ilmu di kursus dan seminar.

Ketahui asas-asas kewangan sebelum anda memulakan langkah.

 

Langkah #2 Belajar tentang analisa tawaran

Pelaburan hartanah adalah satu permainan nombor. Lebih banyak tawaran yang anda buat, lebih banyak yang anda mampu lakukan. Walau bagaimanapun, analisa bagunan pangsapuri lebih kompleks berbanding mahu menganalisa rumah.

Asah skill tawar menawar anda.  Anda perlukan model kewangan yang membolehkan anda tentukan berapa banyak anda boleh tawarkan dengan mengira berapa pendapatan,perbelanjaan dan syarat-syarat gadai janji anda.

Lama-kelamaan anda akan mendapati tahap keyakinan anda akan makin bertambah baik.

 

Langkah #3 Bina proses perjanjian

Sebaik saja anda boleh menganalisa tawaran dengan cepat dan tepat, anda boleh melakukan tawaran sebanyak mungkin yang anda mampu. Anda juga boleh mencuba mengupah REN yang berdaftar. Tugas mereka adalah untuk mencari, membina rangkaian, dan berkenalan dengan pemilik apartment. Mereka akan menjalinkan hubungan dengan pemilik tersebut dan apabila pemilik tersebut sudah bersedia untuk menjual rumah mereka, pemilik akan memilih untuk berurusan dengan orang yang mereka percaya.

 

Langkah #4 Belajar bagaimana dapat mendapatkan wang

Anda harus belajar macam mana cara untuk mendapatkan wang yang boleh anda lakukan.

 

Langkah #5 Elakkan kesilapan yang boleh buat duit anda hangus

Anda akan tetap membuat kesilapan tak kira apa pun yang anda lakukan. Namun begitu, anda boleh mengambil langkah untuk mengelakkan kesilapan dari berlaku sekali lagi. Antara kesilapan yang biasanya dibuat adalah:

  • Memilih perjanjian yang tiada aliran tunai yang mencukupi
  • Tidak menganalisa perjanjian and terjerumus dalam ‘overpaying’
  • Membeli hartanah di kawasan yang salah
  • Tidak mempunyai tabung duit rizab yang mencukupi
  • Tidak melakukan proses mendapatkan wang secepatnya
  • Berbelanja kepada perkara yang tidak perlu

Cara untuk mengelakkan kesilapan-kesilapan ini adalah dengan mendidik diri dan belajar daripada pelabur yang berpengalaman dan berpengetahuan.

 

Langkah #6 Pertimbangkan untuk bekerjsama dalam pelaburan hartanah pertama anda

Sebelum anda mula melabur, pastikan anda mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil dan dekati orang yang berpengalaman. 3 alasan yang perlu anda elakkan adalah:

  • Saya tidak mempunyai wang tunai yang mencukupi
  • Tiada siapa yang menganggap saya serius
  • Saya tidak tahu macam mana mahu bermula dan apa yang harus saya lakukan.

Sumber : biggerpockets.com

Sumber gambar

 

 

Comments

comments