5 tips untuk ‘fresh graduate’ mudah dapat kerja

0
1816

Ini adalah antara tips yang saya ingin kongsikan, yang mungkin boleh meningkatkan keboleh-pasaran diri anda di Professional Job Market.

 

#1: Resume/ CV mesti “Precise & Concise”

Sumber gambar : www.careeraddict.com

Resume / CV adalah benda pertama yang akan dinilai oleh bakal majikan kita. Oleh itu, resume / CV haruslah ringkas tapi padat. Sila pastikan resume anda tidak melebihi 3 muka surat kerana bakal majikan hanya “glance thru” resume anda kurang dari seminit. Ia harus dipersembahkan dengan daya tarikan yang tinggi untuk memastikan kita dipilih untuk menghadiri temuduga.

Kriteria untuk resume yang baik haruslah jelas dari persembahan kandungan dan bahasa, di samping ia haruslah padat, informatif dan tetap.

Check your format, layout, and spelling are clean, clear and consistent.

Resume ini haruslah tiada kesalahan ejaan dan “no gramatical error” jika ia dipersembahkan dalam Bahasa Inggeris.

[Note : Sila minta orang yang lebih mahir dalam penggunaan bahasa untuk memeriksa resume anda kerana resume yang mempunyai kesalahan ejaan atau tatabahasa akan dipandang serong oleh bakal majikan, dan ini akan merendahkan peluang anda untuk mendapat kerja. ]

Resume yang baik harus mempersembahkan lebih kepada pencapaian kita (achievement / milestones), bukan hanya apa tugas atau aktiviti yang kita pernah lakukan. Sila letakkan kekuatan anda sebanyak yang mungkin, untuk meletakkan peluang yang lebih tinggi berbanding pesaing anda.
[It’s all about achievement! Strength! Good Talent! – the reason why they should hire you! ]

Paling penting, resume ini mesti “be tailored to the job that you are seeking for”. Maksudnya resume kita haruslah mengikut pekerjaan yang kita inginkan, serta mengikut kehendak bakal majikan kita. Cara persembahan resume ini haruslah sentiasa berbeza mengikut jawatan yang kita mohon. Jangan buat resume kita “one fit all”, itu sangat tak digalakkan.

 

#2: Well-Prepared Interview


Semasa menghadapi interview, kita haruslah hadir dengan penuh berkeyakinan. Pastikan anda memberi “first good impression”. Bakal majikan kita menilai kita melalui pandangan dan tanggapan pertama mereka terhadap kita.

“Be punctual”

Datang awal ke tempat interview untuk membuat persediaan awal sebelum ditemuduga. Ini juga dapat mengurangkan “nervous” atau darah gemuruh kita. Jika anda datang lambat semasa temuduga, anda telah memberi signal kepada bakal majikan yang anda merupakan seorang yang tidak menepati masa. Anda juga akan jadi lebih kelam-kabut jika anda datang lambat semasa interview.

Buat “research” terhadap bakal majikan anda serta pastikan anda alert dengan perkembangan isu semasa. Bakal majikan akan lebih berminat untuk mengambil anda kerja jika kita tahu banyak tentang syarikat mereka. Ini juga akan menunjukkan yang anda adalah orang yang bersedia, berpengetahuan serta peka (alert) dengan benda sekeliling anda. Ingat “current issues”, bukan “latest gossip”!.

 

#3: Professional “Dress Right” & Presentable

Sumber gambar : www.hair-and-beauty-artist.de

Pastikan kita memakai pakaian yang “simple yet professional look”. Anda boleh merujuk kepada pemakaian “professional grooming” di internet untuk melihat bagaimana pakaian yang sesuai untuk menghadiri temuduga. Elakkan memakai pakaian yang terlalu terang, terlalu seksi dan memakai “eksosari” yang berlebihan.

Good Image is among the important thing in professional job market, it will project your professional image and professional demeanor ( the way people behaves towards other people ).

“Appearance, Behavior & Communication (ABC)” anda akan dinilai oleh bakal majikan anda. Jika anda mampu bersikap professional pada setiap masa, kredibiliti anda akan dilihat lebih tinggi.

Anda juga perlu arif tentang “corporate ettiquette” kerana syarikat “Multi-National Corporation (MNC)” amat mementingkan pekerja yang berpewatakan menarik dan pandai mengawal situasi dengan professional pada setiap masa.

 

#4: Linked-In Professional Social Media

Sumber gambar : www.careeraddict.com

Di dunia alam siber masa kini, selain ejen pencari kerja seperti Jobstreet, anda juga perlu update resume kita kat “Linked-In” professional social media account. Ramai “headhunter” serta bakal majikan telah mula mencari calon pekerja mereka di Linked-In. Pastikan Linked-In anda nampak professional supaya orang tertarik untuk ber”networking” dengan anda.

Ada research terbaru yang dijalankan, yang menyatakan bakal majikan akan membuat “background check” melalui social media. Pastikan social media anda bersih dari perkara yang melanggar etika seorang pekerja yang baik. Hindari diri anda dari berpolitik secara ekstrem atau memaki-hamun majikan atau syarikat anda sedang bekerja, terutama di Facebook jika anda menggunakan nama sebenar anda di Facebook. Sebab itu, jika Facebook agak bercelaru dengan pelbagai kegiatan “social” anda, elakkan menggunakan nama penuh anda sebagai nama pena anda di Facebook! Ia amat tidak baik untuk pasaran potensi kerja anda di masa yang akan datang.

 

#5: Professional Networking

Sumber gambar : www.careeraddict.com

Anda perlu sentiasa ber”social” dan menghadirkan diri di majlis “professional networking” seperti corporate professional dinner, corporate grooming seminar, atau menyertai sukan berstatus tinggi seperti golf, sukan berkuda dan lain-lain lagi.

Pastikan anda sentiasa memperbanyakkan kenalan baru terutama di kalangan mereka yang berstatus tinggi atau berjawatan tinggi. Mereka ini adalah peluang utama anda untuk “knocking the corporate door” dengan lebih cepat dan mudah.

Cuba mempamerkan sikap professional anda serta cuba tampilkan karisma diri anda di hadapan semua orang. Cuba yakinkan orang terutama mereka yang berpengaruh dalam 5 minit, semasa mereka berkenalan dengan anda. Jika anda mampu untuk mendapatkan “business card” mereka dalam masa yang singkat, ini bermakna anda mampu meyakinkan mereka untuk berkenalan lebih rapat dengan anda. You have to give them first good impression.

Harus di ingat, jangan nampak seperti anda sedang memaksa mereka, beri mereka sedikit ruang, elakkan untuk mereka melabel anda sebagai seorang yang terdesak (desperate), ini akan merendahkan peluang anda di masa hadapan.

 

Ini adalah tips berdasarkan pengalaman dan pemerhatian peribadi saya. Anda juga mungkin boleh berkongsi tips yang lebih baik.

Semoga bermanfaat.

Artikel ini telah dikongsikan oleh Tuan Firdaus Pay

Sumber gambar

 

Comments

comments