5 sebab kenapa pelabur ini tak kisah wangikan rumah busuk

0
2228
Sumber gambar : Ir Ajak
Sumber gambar : Ir Ajak

Ramai orang masuk tak tahu apa kelebihan wangikan ‘rumah busuk’ ni. Memang nak bagi wangikan tu bukanlah sesuatu yang mudah. Tapi tak mustahil pun.

Yang paling best, korang boleh dapat untung masa membeli. Bayangkan berapa pula korang akan dapat masa jual nanti. Perkongsian Ir Ajak Abdul Razak ini pasti membuka minda korang tentang best nya layan rumah busuk ni.

#1: Rumah jadi selesa, sewa dan jual

Apabila kita berusaha untuk mewangikan sebuah rumah busuk akan menjadi rumah yang selesa untuk didiami .Malah boleh juga dijadikan rumah sewa yang boleh mendatangkan pendapatan bulanan .Tak mustahil juga boleh dijual rumah tu.

 

#2: Naik nilai rumah busuk

Setelah mengambil inisiatif untuk mewangikan rumah busuk menjadi rumah yang sudah wangi. Secara tidak langsung akan menaikkan nilai rumah itu . Mungkin naik 50% atau lebih bergantung kepada skop kerja yang diwangikan.

 

#3: Keselesaan kepada jiran

Korang perasan tak? Jika transformasi rumah busuk menjadi rumah wangi,rumah itu akan mempunyai pandangan yang baik. Pasti jiran jiran sebelah atau jiran di depan rumah akan menjadi lebih seronok. Maklumlah rasa tidak takut tidak ada semak samun malah mungkin menjadi port untuk aktiviti yang tidak berfaedah berlaku
Contoh port menghisap najis dadah ke.

 

#4: Pendapatan kepada PBT dan Utiliti

Rumah busuk yang di tinggalkan oleh owner tidak menghasilkan pendapatan kepada pihak PBT (Pihak Berkuasa Tempatan – contoh Majlis Perbandaran Seremban). Jarang owner yang tinggal kan rumah bertahun rumah busuk tur untuk bayar tunggakan cukai pintu. Tatkala ada yang beli rumah busuk pasti beliau akan berusaha untuk bayar semua bil bil tunggakan termasuk bil utiliti. Ini secara langsung akan mendatangkan hasil PBT dan pihak agensi utiliti
Hasil pulangan di PBT akan dipulangkan semula kepada penduduk sekitar seperti penyelenggaraan jalan atau potong rumput.
Betulkan?

 

#5: Bantu owner asal rumah busuk

Owner rumah busuk yang mengalami masalah kewangan dan mungkin sudah bankrupsi menyebabkan rumah busuk terlelong.  Maka dengan adanya usaha pemenang bidaan lelongan rumah busuk. Hutang owner akan dilunaskan .Keadaan ini membantu owner asal untuk dibebaskan dari bankrupsi. Malah jika ada wang lebihan setelah dilunaskan hutang, wang lebihan dipulangkan kepada owner asal. Inilah salah satu cara untuk membantu owner asal bebas dari hutang. Saya anggap merupakan fardhu kifayah membantu sesama ummah

Sekadar perkongsian pendapat dari saya tentang sebab kita perlu untuk mengambil peluang untuk berusaha mewangikan rumah busuk

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk

Nota:
Real case rumah busuk yang pernah saya miliki dan berubah wajah menjadi rumah wangi.

Sumber gambar : Ir Ajak
Sumber gambar : Ir Ajak

Comments

comments