5 point penting bagi yang berbisnes. Wajib baca sampai habis

0
191

 

Ramai mereka yang berbisnes kat luar sana tidak mempunyai proper documentation untuk memudahkan mereka mohon loan di bank. Jangan pandang remeh, ianya penting untuk korang kembangkan bisnes lebih besar lagi.

 

#1 Mesti lah register ssm company korang

Tidak kira lah korang ni buat bisnes online atau kecil-kecilan, register lah dahulu. Tak mahal pun kena bayar, korang boleh google cari info cara nak buka ssm ni. Nama company mesti lah menarik dan mudah disebut.

 

#2 Buka company current account

Kat sini memudahkan pelanggan korang nak buat bayaran. Baru lah dia yakin nak transfer duit kat company bukan kat nama individu. Terlalu banyak fraud kat luar sana bila transfer kat akaun individu ni sama ada barang tak dapat, orang nya hilang dan macam-macam lagi.

Bukak current account di maybank
A) Deposit RM2000
B ) Perlu ada introducer (individu lain yang mempunyai current acc juga bersama mbb lebih satu tahun dan rekod nya cantik bersih)

Lain-lain kena bank survey saya kurang pasti. Kebiasaannya ramai orang gunakan mbb dan cimb akaun. Maka korang buka lah salah satu akaun ni, memudahkan pelanggan untuk buat bayaran.

 

Current account ni perlu dibuka sebab:
i) jika korang hanya gunakan akaun saving sebagai urusan bisnes korang dan transaction terlalu banyak menyebabkan akaun saving korang kena block
ii) nak mohon loan mostly bank gunakan current account. Maka cantikkan transaction dalam current acc ni

 

#3 Jangan rompak duit company

Maksudnya korang ambil gaji dari company. Contoh sebulan gaji korang RM3000. Maka korang ambil jumlah ni sahaja, selebihnya duit tu digunakan untuk rolling modal bisnes korang. Baru lah nampak tang mana profit company tu.

 

#4 Declare company tax

Tidak kira lah bisnes korang ni kecik ke atau tengah nak up ke. Please declare. Jika korang tak tahu macam mana nak kira, maka hired lah accountant untuk prepare financial company ni atau hired tax consultant dan korang sediakan dokumen seperti bank statement, kos overhead, gaji staff, entertainment dan macam-macam lagi. Segala resit related semua korang simpan. Kalau resit beli choki-choki tu tak payah bagi kat tax consultant tu okay.

Tax ni sangat-sangat membantu korang untuk memudahkan urusan korang mohon loan. Bank pun konfiden nak bagi loan ni, walaupun korang rasa berat hati nak bayar jumlah yang banyak kan. Tapi ketahui lah the more you give the more you will get back.

.

#5 Ada banyak cara korang boleh belajar untuk reduce tax ni

Korang bayar zakat, penolakan epf, invest dalam akaun prs, medical dan life takaful dan macam-macam lagi. Pastinya resit ni semua korang kena simpan untuk buktikan korang dah buat bayaran ni semua. Bagi elakkan resit tu kabur, maka photostat lah resit dan rekod perbelanjaan ni semua setiap bulan.

.

Basic 5 point ni korang perkukuhkan in shaa Allah dipermudahkan urusan korang untuk mohon pinjaman bank. Saya akan sharing lagi next point.

Moga bermanfaat.

 

Sumber : Syafieqah A’lya

Comments

comments