5 perkara penting yang saya belajar daripada Bill Rancic, Juara The Apprentice US

0
2178

Hari ni saya dapat peluang untuk bertemu dan belajar dengan Bill Rancic. Kawan-kawan sebaya atau lebih berumur daripada saya mesti kenal Bill Rancic.

Kalau tak ingat, Bill Rancic ni lah orang pertama yang menang rancangan The Apprentice di US pada 2004. Masa ni orang hanya kenal Donald Trump sebagai orang yang cakap, “YOU’RE FIRED”, bukan sebagai Presiden US.

Kat sini, saya nak kongsikan 5 perkara penting yang saya dapat belajar daripada Bill Rancic. Semoga kita semua dapat manfaat.

#1 Tahu mengenal peluang dan paling penting, ambil peluang tersebut

Bill mula belajar berniaga masa umur 10 tahun.

Ceritanya simple tapi menarik. Masa Bill balik kampung, dia nampak neneknya masak pancake dan bagi kepada ramai orang. Sebahagian mereka bila dapat pancake, tinggalkan duit 5 dollar walaupun neneknya sebenarnya bagi pancake tu percuma je.

Bila Bill nampak duit 5 dollar yang banyak, dia terus nampak peluang untuk buat bisnes. Bill pakat dengan neneknya untuk buat gerai di situ. Sejak itu, setiap hujung minggu, Bill akan balik rumah neneknya untuk jual pancake. Keuntungan dikongsi antara Bill dengan business partnernya iaitu nenek Bill sendiri.

Apa yang Bill nak cakap, salah satu sebab dia berjaya adalah sebab dia nampak peluang dan terus ambil peluang tu, tanpa tunggu-tunggu atau fikir lama-lama. Kalau dia nak tanya dan minta kebenaran semua orang, mungkin sampai Bill besar berjanggut pun dia tak start bisnes lagi.

#2 Untuk jadi usahawan berjaya, kita TAK perlu jadi orang yang paling pandai di dunia

Siapa yang tengok rancangan The Apprentice 2004 mesti ingat macam mana Bill berjaya menang walaupun saingannya semua belajar daripada universiti terhebat dunia seperti Harvard Business School. Bill ni tak masuk business school pun, hanya belajar kat universiti biasa di Chicago.

Bill percaya, usahawan hebat bukan orang yang paling pandai, tapi orang yang paling sanggup untuk kerja keras.

Sebab tu kalau dalam bahasa Melayu, entrepreneur ni diterjemahkan sebagai USAHAwan, bukan NIAGAwan. Sebabnya siapa yang nak jadi usahawan ni memang kena banyak usaha dan tak kenal erti putus asa. Tapi ni bukan Bill cakap ye, ni saya yang cakap.

Dan Bill tahu dia menang sebab dia sorang je yang betul-betul berfikiran seperti usahawan sebenar. Bagi Bill usahawan sebenar buat 3 perkara ni:

a) Practical Execution

Usahawan kena cepat bertindak, bukan pandai cakap je. Semua orang boleh cakap ada idea yang bernilai berjuta-juta, paling hebat di dunia. Tapi berapa kerat je yang betul-betul sanggup nak buat. Bagi Bill, “ACTION MUST SPEAK LOUDER THAN WORDS”.

b) Be Agile

‘Be Agile’ ni maksudnya kena pandai adapt dengan situasi dan keadaan.

Kita tak boleh guna cara dan pemikiran yang sama untuk keadaan yang berbeza, kena sesuaikan dengan keadaan. Lagi-lagi masa ekonomi gawat ni, orang berniaga kena ubah cara berniaga dan cara hidup. Takleh nak samakan masa zaman kaya dan mewah dulu.

c) Embrace Risk.

Bagi Bill, kalau nak jadi usahawan, memang kena faham dan terima bahawa usahawan memang kena bermain dengan risiko besar.

Kalau takut risiko, tak payah jadi usahawan. Sebab usahawan kerja dia adalah untuk ‘convert risk to success’.

Bagi Bill, sebenarnya ketakutan kita terhadap banyak benda tak ‘REAL’ pun. Kata Bill lagi, masa lahir, manusia hanya takut secara semulajadi pada 2 benda, iaitu takut jatuh dan takut bunyi kuat. Ketakutan lain yang banyak ada pada diri kita sekarang adalah yang kita terima daripada sekeliling kita.

# 3 Kita hanyalah akan sehebat orang yang berada di sekeliling kita

Pesan Bill, kalau kita nak jadi hebat, kita mesti pastikan diri kita dikelilingi oleh orang-orang yang hebat.

Kalau nak bisnes kita hebat, pekerja kita kena hebat. Tapi untuk jadikan pekerja kita hebat, sebagai ketua kitalah yang kena pimpin dan latih mereka untuk jadi hebat. So, kalau kita ni pun tak berapa boleh diharap, jangan haraplah dapat pekerja yang hebat.

Pada masa yang sama, kita kenalah start rapat dengan orang-orang yang hebat. Kalau kita rapat dengan orang kaya, in sha Allah tak lama lagi kita akan jadi kaya juga kalau kita berfikir dan bertindak macam mereka. Pesan salah seorang mentor saya dulu: kekayaan kita akan tak jauh beza dengan 5 orang kawan terapat kita.

#4 Ciri-ciri Usahawan Hebat

Bagi Bill, setiap usahawan hebat mesti ada 3 ciri ni:

a) Pembuat keputusan yang hebat dan cepat

Usahawan pantang berjaya kalau lambat buat keputusan. Banyak usahawan gagal sebab terlalu banyak buat analisis, sampai jadi analysis paralysis.  Apabila kita lambat ambil tindakan, peluang yang ada akan berlalu macam tu je tinggalkan kita dan takkan kembali.

Saya rasa bukan setakat usahawan je, kadang-kadang benda simple pun kita susah sangat nak buat keputusan. Macam nak pilih tempat makan; bila tanya isteri, isteri tanya kita balik. Lepas setengah jam pun, tak boleh decide lagi. Ni baru bab makan, belum lagi bab keputusan bisnes yang besar-besar.

b) Kreatif

Kata Bill, usahawan kena kreatif untuk ‘market’kan diri dan produk mereka. Tak boleh ikut cara biasa-biasa. Kalau nak result luar biasa, kena buat cara yang luar biasa juga.

Pengalaman Bill masa dia buat bisnes cigar secara langganan masa tahun 1994, dia masukkan cigar terbaik dalam sebuah kotak, letak surat menceritakan kisah bisnesnya dan hantar kepada sebuah stesen radio. Tak lama lepas tu, dia dapat panggilan daripada stesen radio untuk ditemuramah secara percuma. Lepas berjaya di stesen radio tersebut, dia cuba cara yang sama di stesen-stesen radio dan tv yang lain dan akhirnya, dia dapat promote bisnesnya di banyak radio dan tv tanpa keluar modal walau sesen pun.

c) ‘Never quit, never blame others’ attitude

Ni sangat penting. Zaman sekarang ni, ramai anak muda cepat sangat give up dan salahkan orang lain. Kalau gagal, semuanya salah orang lain; salah kerajaan, salah ekonomi, salah GST, salah mak bapak, salah business partner, salah isteri dan macam-macam lagi. Yang tak salah dia sorang je.

Bagi Bill, usahawan hanya akan boleh pergi jauh bila dia berhenti menyalahkan orang lain. Ye, memang orang lain mungkin salah. Tapi usahawan yang hebat adalah orang yang tak cari salah orang, tapi cari cara macam mana nak selesaikan masalah.

#5 Tips untuk membentuk masa depan usahawan yang betul-betul berjaya

a) Wajib fokus

Kita tak mampu untuk buat semua benda serentak. Sebagai usahawan, jangan tamak nak kejar SEMUA peluang yang ada. Ye, memang kita nampak banyak peluang, tapi pada masa yang sama, kena juga ukur baju di badan sendiri.

So, fokus pada satu-satu perkara dahulu sebelum buat perkara lain.

b) Kepimpinan (leadership)

Bagi Bill, ramai yang tak faham maksud sebenar ‘leadership’.

Ada beza antara ‘management’ dan ‘leadership’.

Management is doing THINGS right.

Leadership is doing the RIGHT things.

Sebagai usahawan, fokus pada doing the right things to avoid mistakes.

c) Jangan membazir

Pesan Bill, usahawan jangan membazir buat ofis cantik-cantik, beli perabot ofis yang mahal dan macam-macam lagi. Gunakan duit yang ada untuk kembangkan lagi bisnes, bukan untuk bergaya.

d) Cipta nilai (value)

Usahawan kena sentiasa cari cara untuk cipta value yang dapat membezakan kita daripada produk dan orang lain.

Value ini tak semestinya pada produk sahaja, tapi termasuk keseluruhan aspek bisnes kita seperti cara kita layan pelanggan, kecepatan servis kita dan sebagainya.

Banyak lagi yang Bill Rancic kongsikan sebenarnya tapi saya rasa cukuplah setakat ni dulu. Nanti korang tak larat nak baca pula.

Mohon share kan perkongsian ini supaya ramai orang boleh jadi hebat macam Bill Rancic juga.

Comments

comments