5 ilmu wajib yang perlu anda tahu untuk elak daripada berhutang. Habiskan baca artikel ini sebelum tabiat berhutang anda makin parah.

0
1379

 

Sejak kecil kita banyak terdedah dengan budaya berhutang. Orang kita sangat gemar berhutang.

Beli karpet dengan Banggali, hutang. Makan kat kedai, masuk buku 555. Beli barang runcit, bayar kemudian.

Masuk rumah baru, nak beli perabot tak cukup duit, hutang lagi. Sekarang nak beli iPhone pun boleh bayar ansuran bulanan tau. Haha.

Kenapa kita suka sungguh berhutang ya?

1. Nak memiliki sesuatu yang tak mampu ditunaikan kecuali dengan berhutang.

2. Dikelilingi kawan dan ahli keluarga yang sering bermewah-mewah.

3. Ingin berbangga dengan apa yang dimiliki walaupun terpaksa berhutang.

4. Tidak pernah puas hati dengan apa yang dimiliki .

5. Mengejar trend dan tidak mahu digelar ketinggalan zaman.

6. Tidak memikirkan akibat buruk yang bakal dihadapi.

7. Tiada kemahiran mengurus kewangan dengan baik.

8. Mahukan sesuatu dengan segera walhal tidak berkemampuan.

9. Wujud kemudahan daripada bank seperti pembiayaan peribadi dan kad kredit.

10. Mahu kelihatan berharta kerana orang tak tahu pun yang kita berhutang.

Untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan hutang jahat, ilmu apa yang kita perlu ada?

Ilmu agama.

Ilmu mengurus kewangan.

Ilmu mengurus hutang.

Ilmu menambah pendapatan.

Ilmu pelaburan.

Amalan berhutang bukan sahaja membabitkan kehidupan dunia semata-mata, bahkan berpanjangan hingga ke hari akhirat.

Adakah anda salah seorang yang suka berhutang? Dah insaf ke belum? Haha.

Sumber : facebook

Sumber Gambar

Comments

comments