5 cara terbaik untuk meminta hutang dari orang yang berhutang tanpa melukakan hati kedua-dua pihak

0
7490

 

Ada orang mengatakan bahawa ” Pinjamkan duit yang anda mampu lihat ia hangus”. Bila korang pinjamkan duit kepada rakan atau ahli keluarga, kebiasaannya korang fikir bahawa mereka akan bayar balik kerana menghormati hubungan yang telah dibina. Namun, kebiasaannya tidak begitu. Ramai yang liat untuk membayar hutang dan si pemberi pinjaman pula yang harus beria-ria minta kembali.

Jika korang pernah berdepan dengan pengalaman ni, kami kongsikan lima idea bernas untuk korang cuba buat untuk minta kembali duit tanpa melukakan hati korang dan si peminjam. Idea ni kami dapat dari comparehero.my

Idea #1 Beri peringatan 
Kadang-kadang, si peminjam terlupa yang dia pernah pinjam dari orang. Tambah-tambah bila jumlah yang dipinjam itu sedikit sahaja contohnya RM10 – RM50. Bagi peringatan kepada mereka mungkin membantu korang dapatkan kembali duit yang diberi pinjam. Kuncinya adalah bahasa yang sopan ketika bertanya. Tanya elok-elok adakah mereka masih ingat akan hutang mereka dan bila boleh bayar. Contoh yang boleh digunakan adalah ” Hai awak. Awak ingat tak duit yang saya bagi pinjam bulan lepas? Bila agak-agak awak boleh bayar balik ya?”.

Idea #2 Tanya update duit yang diberi pinjam tu diguna untuk apa
Selalunya bila orang nak pinjam duit mereka akan beritahu kenapa mereka pinjam duit. Contohnya jika mereka pinjam kerana nak bayar yuran, tanya mereka macam mana pengajian mereka. Cara ini boleh mengingatkan mereka tentang hutang mereka dan boleh berbincang tentang hutang yang telah dibuat.

Idea #3 Beri peluang untuk mereka bayar bulan depan
Jika hutang yang dibuat itu kecil sahaja jumlahnya, korang boleh minta kawan korang bayar bulan depan. Ini juga boleh membuatkan korang dapat duit korang balik dan mengingatkan kawan korang tentang hutang yang perlu mereka bayar.

Idea #4 Minta mereka tolong korang balik
Korang pernah tolong mereka ketika mereka susah, maka korang boleh minta mereka tolong korang. Kalau korang perlukan duit untuk kecemasan, minta pertolongan dari si peminjam untuk pulangkan balik duit yang dipinjam supaya korang boleh selesaikan masalah korang.

Idea #5 Tawarkan plan bayaran ansuran
Idea seterusnya adalah korang boleh tawarkan dekat si peminjam untuk bayar secara ansuran. Ini boleh membantu si peminjam untuk plan masa untuk bayar hutang.

Hutang yang tidak dibayar boleh merosakkan hubungan baik. Malah, kalau korang marah kat si peminjam, korang boleh berdepan dengan peluang untuk hilang kawan.

Jika hutang korang tidak dibayar, korang kena ingat selepas ni korang kena beri jumlah duit yang korang mampu lihat hilang. Tapi bila korang nak minta balik duit korang, minta secara elok-elok supaya korang boleh jaga hubungan yang dibina. Jangan sampai hubungan itu rosak pula ya!

 

Sumber gambar

 

Comments

comments