4 penyebab anda gagal beli rumah walau dah lama kerja. No #4 paling wajib elak!

0
147

Pertama sekali, kami nak ucapkan tahniah bagi mereka yang baru graduate. Mungkin ada di antara graduan yang dah dapat kerja.

Biasanya bila dapat gaji pertama, perkara apa yang biasa buat selain dari hulur duit kat mak ayah?

Tak rancang kewangan dengan betul.

Bila dah dapat gaji, rasa seronok sebab dah ada duit sendiri. Macam-macam plan keluar. Kan?

Sebelum korang menyesal di kemudian hari, jemput baca perkongsian ilmu Tuan Syahrizat Mohd Halid ini. Korang  pasti mula memikirkan masa depan secara serius.

AWAS

Entri hari ini juga panjang, jika anda graduan atau baru berkerja kurang 5 tahun anda wajib tahu perkara ini

 

#1 Salah pilih kereta 

Selepas graduasi, memiliki kereta pasti idaman ramai graduan. Kebiasaannya kereta menjadi ukuran kejayaan oleh ibu bapa malah kawan kawan seuniversiti dahulu.

Memang ada sahaja ibu bapa yang meletakan kereta sebagai tanda aras kejayaan anak mereka.

“Kau tengok Tijah, Alhamdulillah anak Jenab tu dah ada Hondu Cibik. keja dia mesti ok. gaji pun mesti besar”

Berikut contoh berikut ini mudah anda hadam,

Adam, selepas graduasi beliau rasa penting membeli sebiji kereta untuk mudahkan dia transport untuk berkerja. Dengan gaji Rm 4000 dia fikir Hondu Cibik sesuai untuknya, dan dia beli kereta tersebut.

Setelah memakai, maka barulah dia sedar berikut adalah kos dia terpaksa tanggung sepanjang dia memiliki kereta tersebut

  • Instalment bulanan adalah RM 1200
  • Purata selengara kereta RM 300 untuk 2 bulan iaitu RM 150 sebulan
  • Petrol bulanan RM 500 ke RM 600

Ini bermakna, jumlah dia harus belanja adalah RM 1800 sebulan sedangkan gaji bersih Adam hanya RM3400 selepas tolak SOCSO dan KWSP

Maka baki di tangan Adam hanya, RM 1600 dan ini belum termasuk perancangan untuk berkahwin dan belanja awek main boling dan tengok wayang. Juga simpanan nak beli rumah

Sendiri jika kita kirakan, berapa anggaran baki yang mampu Adam simpan?

Apa lagi nak cerita bagaimana dia mampu nak kumpul deposit beli rumah.

Jika anda faham kesan terbesarnya dari kisah diatas adalah hutang kereta tersebut adalah untuk 9 tahun, jika tiada kenaikan gaji maka selama 9 tahun itulah Adam akan “Stagnant” dan tidak berubah. Dengan apa yang ada, berapa banyak Adam mampu menyimpan?

Akhir kata, membeli kereta tidak berdosa tetapi kesilapan dan cara kita memilih kereta yang sesuai dengan budget itulah punca ia menjadi dosa besar dalam usaha terus memiliki hartanah.

 

#2 Tidak buat budget dan tiada tabung

Ramai kurang sedar perancangan awal atau budget sememangnya harus kita lakukan sebelum melangkah untuk membeli.

Dan paling selalu berlaku adalah,

“Belanja Dulu, Baru Simpan”

Itulah punca setiap masa ada sahaja emergency.

Baiklah, ada bagusnya kita mulakan faham perkara ini:

Berapa peratus untuk Tabung simpan?
Berapa peratus untuk Tabung kereta?
Berapa peratus untuk Tabung Melancong?
Berapa peratus untuk Tabung Duit Kawin?

Saya mudahkan dahulu kepada perkara berikut;

Budget Kategori 1
1/3 untuk simpanan & pelaburan

Budget Kategori 2
1/3 untuk bayaran hutang pinjaman

Budget Kategori 3
1/3 untuk keperluan / tuntutan semasa

Jika anda faham, Budget kategori 2 kita hanya ada lebih kurang 33% sahaja.

Ini bermaksud, ia termasuk hutang hutang seperti pinjaman kereta, pinjaman rumah dan mungkin termasuk PTPTN. Maka lagi besar kereta, lagi kecil bahagian untuk perumahan.

Ada yang tanya, bagaimana jika saya buat ASBF? Jika tanya saya akan letakkan dalam Budget Kategori 1 iaitu “Force Saving”

Dalam banyak kes saya bertemu sahabat hartanah, kebanyakan mereka gagal kumpul wang deposit. Sangat selalu berlaku kenaikan harga juga menyukarkan mereka.

Katakan, nak beli 250K maka deposit dan kos legal anggaran adalah 15% jadi, bagaimana kita mampu sediakanya. Jika mengharap menyimpan RM300 sebulan, setahun hanya RM3600 sahaja pastinya tak cukup.

 

#3 Tidak rancang beli rumah masa muda 

Membeli hartanah memang bukan mudah. Lagi lagi jika kita tidak merancang.

Baik! Secara jujur tiada beza langsung jika anda menyewa atau duduk kuarters atau duduk rumah mak ayah atau beli sendiri.

Namun, fakta ini ada faktor utama kenapa jika anda pandai merancang untuk berkahwin maka, anda juga harus pandai merancang miliki hartanah seawal muda.

Kenapa?

Sebelum saya menjawab, sekali lagi saya mohon maaf untuk berbicara perkara benar.

Perbezaan terbesar hidup menyewa atau memiliki sendiri adalah setelah anda dan mungkin pasangan anda “Meninggal Dunia”.

Perkara saya selalu fikirkan, kemana waris anda akan pergi? Lagi lagi jika anak anak pun masih kecil sekurang kurangnya mereka ada tempat hendak berlindung.

Berberapa perkara lain anda harus faham adalah lagi muda anda beli hartanah lagi murah premium insurannya tak kiralah MRTA atau MRRT atau apa pun jenis polisi yang anda ambil.

Dan itulah punca, mengapa anda harus mulakan seawal muda.

 

#4 Tidak senangkan hati ibu bapa 

Saya banyak lihat contoh dan dari pemerhatian saya, ramai yang hidup mereka tidak senang senang kerana mereka gagal lakukan perkara ini.

Ibu bapa kita sebenarnya tiada gantinya, apa bila mereka tiada lagi maka tiadalah lagi kelibat mereka. Putuslah doa mereka terhadap kita.

Saya suka mengingatkan diri saya juga sahabat sahabat saya, untuk tidak abai mereka. Hulur hulurkan lah walau sedikit pada kadar kita mampu. Supaya anda dapat keberkatan dari rezeki yang anda terima.

Jangan kata kita tak mampu dan tak cukup kalau rokok masih di jari dan asap rokok masih berkepulan.

Percaya lah, sedikit yang anda beri pasti kerberkatan doa mereka jauh lebih besar dan lebih bermakna untuk kita.

Jom kita doakan, agar setiap hari ibu bapa kita Allah sentiasa pelihara dan bagi ibu bapa yang sudah tiada, jom sama sama kita hadiahkan “Al-Fatihah” untuk mereka setiap hari.

#TIPSMUDAHBELIRUMAH

Syahrizat Mohd Halid
ABAM PEGANG BURUNG

Comments

comments