4 asas perancangan kewangan yang mungkin anda terlepas pandang. Baca artikel ini sampai habis.

0
2684

 

Ini adalah beberapa asas Financial Planning (perancangan kewangan) yang perlu kita ambil-kira dalam kehidupan kita. Setiap satu mempunyai kepentingan yang tersendiri.

Asas #1 Simpanan
Simpanan adalah benda paling asas dalam perancangan kewangan. Andai kita sukar untuk menyimpan, secara praktikalnya agak payah untuk kita mempunyai perancangan kewangan yang baik. Sekurang-kurangnya, kita perlu wujudkan tabung simpanan kecemasan. Simpanan perlu diutamakan setiap kali kita mendapat pendapatan, kemudian barulah kita kita gunakan pendapatan untuk perbelanjaan atau keperluan lain. Kalau dah shopping dulu atau bayar semua bil-bil dulu, alamatnya lambat lagi kita dapat menyimpan.

Asas #2 Pelaburan
Selain itu, kita juga perlu mempunyai pelaburan yang sesuai dengan diri kita. Ada pelbagai jenis pelaburan yang terdapat di pasaran sekarang antara pelaburan unit trust, pelaburan saham, pelaburan emas, pelaburan hartanah dan lain-lain lagi. Faktor yang membezakan antara simpanan dan pelaburan adalah dari segi pulangan dan risiko. Pulangan pelabutan yang lebih tinggi biasanya akan dikaitkan dengan risiko yang tinggi. Bak kata omputeh, “high risk, high return”!. Oleh sebab itu, agak penting juga kita mempunyai diversified investment portfolio (instrumen pelaburan yang pelbagai).

Asas #3 Perlindungan (Insurans/Takaful)
Aspek perlindungan ini, ramai yang ambil mudah atau menganggap sebagai tidak penting. Dana perlindungan ini sebenarnya penting untuk melindungi kita dari sebarang musibah atau kemalangan yang mungkin di luar jangkaan kita. Dana perlindungan ini biasanya dikaitkan risk management instrument (lebih kepada risk transfer). Kita memperuntukkan sebahagian kecil dari pendapatan kita masa kini untuk menguruskan risiko pada masa hadapan yang mungkin memerlukan perbelanjaan yang besar. Bak kata orang, malang tak berbau, sediakan payung sebelum hujan. Sila dapatkan skim perlindungan diri yang sesuai untuk diri kita secepat mungkin. Ini kerana skim perlindungan yang terdapat di pasaran sering dikaitkan dengan faktor umur, tahap kesihatan, gaya hidup seharian (contohnya perokok atau minum minuman keras) dan lain-lain. Senang cerita, umur muda, badan masih sihat, premium insurans bulanan lebih rendah.

Asas #4 Tabung Persaraan
Dana tabung persaraan ini lebih kepada survival kita selepas persaraan di mana kita sudah tidak mempunyai pendapatan tetap seperti sekarang. Antara aspek penting untuk tabung persaraan ini ialah adakah simpanan kita cukup untuk mengatasi kadar inflasi (kenaikan harga barang) yang semakin tinggi. Atas kesedaran inilah, semakin banyak skim pelaburan untuk persaraan yang baru diperkenalkan di pasaran. Saya pun tak boleh nak komen lebih-lebih pasal ni.  Secara dasarnya, ia lebih merupakan perancangan kewangan jangka panjang.
Anak muda yang bijak perlu mempunyai kesedaran tentang pendidikan perancangan kewangan.

Sekian, terima kasih.

Sumber : Facebook

Sumber gambar

 

Comments

comments