30 Panduan anak muda dalam menuju masa hadapan yang patut anda tahu

0
1006

Edisi: Pengurusan Kewangan & Hartanah

2017 semakin mendekat. Umur pula kian meningkat. Bagaimana matlamat dan hala tuju korang? Masih di takuk yang lama atau sudah ada matlamat untuk berubah ke arah yang lebih baik?

Dibawah ini ada beberapa panduan yang korang boleh semak sama dah buat atau belum. Antaranya:

Hartanah

1. Tanam Matlamat Untuk Membeli Rumah.
Masa muda kena ada kesedaran dan matlamat. Kalau boleh masa bujang dah ada 2 buah rumah untuk pelaburan.

 

2. Tambah Pendapatan
Tambah pendapatan dengan buat kerja sambilan. Contohnya, berniaga online, dropship dan sebagainya.

 

3. Semak CCRIS di BNM
6 bulan sekali boleh lah kau semak laporan CCRIS kau. Pastikan CCRIS cun melecun. Nombor 0,0,0 je muncul. Jika ada sangkut nombor 1,2,3, baiki dulu. Memang bank tak bagi pembiayaan perumahan kalau ada yang tersangkut macam tu.

 

4. Semak Kelayakan Pembiayaan Perumahan
Check kelayakan pembiayaan perumahan daripada pihak bank. Walk in ke 3, 4 buah bank. Bawa slip gaji sekali.

 

5. Belajar Kira DSR (Debt Service Ratio)
DSR = jumlah komitmen hutang + komitmen baru nak mohon dengan bank / pendapatan bersih X 100%. Pastikan DSR bawah 60%-70%.

 

6. Cari Rumah Murah
Beli rumah murah dulu. Jangan nak rumah yang di atas tanah saja. Beli apartmen. Masih ada lagi rumah yang harga mampu milik.

 

7. Lokasi Cun
Pilih kawasan yang mudah untuk disewa. Lokasi berdekatan dengan stesen bas, pusat membeli belah misalnya. Permintaan untuk menyewa adalah lebih tinggi.

 

8. Sediakan Deposit Rumah
Sediakan deposit rumah 10% daripada harga rumah. Seelok-eloknya ada 15% daripada harga rumah untuk kos guaman dan kos sampingan.

 

9. Awasi Ditipu Ejen
Jika sudah jumpa rumah, deposit wajib dibayar kepada nama agensi ejen tersebut. Bukan ke dalam akaun bank peribadi ejen tu.

 

10. Deposit Tidak Hangus
Tanya ejen dahulu. Jika pembiayaan perumahan tidak diluluskan, adakah deposit boleh dapat balik. Pastikan deposit adalah “refundable”.

 

11. Selalu Memburu Hartanah
Jika sudah ada deposit rumah, rajinkan diri mencari. Beli, baiki, cat balik dan sewakan. Tiap hari buka Mudah.my, iProperty, PropertyGuru dan laman web yang lain. Berkawan juga dengan ejen hartanah

 

12. Mohon Pembiayaan Perumahan
Hantar permohonan sekurang-kurangnya ke 3-4 buah bank. Biasanya jika guna ejen hartanah, mereka akan uruskan.

 

13. Jangan Tunggu
Jangan tunggu beli rumah, tetapi beli rumah dan tunggu. Harga rumah semakin naik setiap tahun.

 

14. Tambahkan Ilmu
Tambah ilmu pengurusan kewangan & hartanah. Ada orang bila dia dah mula mengajar, dia berhenti belajar. Ilmu dia dah tak up to date. Banyakkan membaca buku mengenai hartanah. Bukan duk bazirkan duit membeli majalah artis, buku hantu, novel cinta semua tu.

 

15. Jangan Ikut Orang
Beli rumah ikut kemampuan diri sendiri, bukan ikut orang lain. Sudah ada satu untuk pelaburan masa hadapan pun cukup dah.

 

16. Kawan Positif
Carilah kawan yang mempunyai objektif yang sama. Saling membantu. Korang gaji ciput tapi duk berkawan dengan orang yang suka travel ke luar negara. Gila ke apa.

 

Pengurusan Kewangan

17. Mulakan Simpanan
Bina karektor untuk menyimpan dengan baik. Pihak bank suka memberi pembiayaan perumahan kepada mereka yang mempunyai karektor seperti ini. Biarlah kawan korang orang cakap korang kerek dalam berbelanja. Buat derk sudah.

 

18. Beli Kereta Mengikut Kemampuan
Berhati-hati memilih kereta. Jika beli kereta tak padan dengan gaji akan menyebabkan DSR korang jadi tinggi. Maka, nak beli rumah kena tunggu 9 tahun lepas habis bayar kereta.

 

19. Jauhi Gaya Hidup Mewah
Janganlah korang nak beli sesuatu semata-mata nak menunjuk. Pergi makan tempat mewah, pergi travel luar negara, beli baju berjenama tapi hakikatnya boleh menangis tengok duit dalam bank. Hutang pun keliling pinggang. Tertunggak dua bulan pula tu.

 

20. Bijak Uruskan Kad Kredit
Jika ada kad kredit, gunakan hanya untuk membeli barang keperluan dan isi minyak kereta untuk kumpul mata bonus. Kalau tak pandai dan tak berdisiplin, tak payah lah guna.

 

21. Tangguhkan Kehendak, Utamakan Keperluan
Tangguhkan kehendak. Jika korang tak mampu beli tunai jangan nak berhutang. Beli IPhone, sport rim, mod vape mahal misalnya.

 

22. Bertindaklah Dengan Bijak
Ambil tahu, ambil tindakan. Apa tindakan korang buat masa zaman muda, akan memberi kesan pada masa hadapan.

 

23. Kurangkan Perbelanjaan
Jika tak mampu tambah pendapatan, kurangkan perbelanjaan. Belajar hidup dibawah kemampuan. Ukur baju di badan sendiri ye.

 

24. Kurangkan Hutang
Baru mula kerja, gaji pun sikit lagi. Jauhi buat hutang yang tak perlu. Buat hutang untuk nak kahwin misalnya. Pihak bank juga akan anggap korang individu berisiko jika ada pembiayaan peribadi.

 

25. Ambil Takaful Masa Muda
Ansuran bulanan takaful akan rendah. Jika ada perkara tidak diingini, masuk hospital korang boleh lega tak perlu keluarkan duit untuk kos perubatan dah.

 

26. Baiki Hutang Jahat
Selesaikan hutang tertunggak kad kredit, PTPTN, pembiayaan peribadi dan kereta. Bayar mengikut masa yang ditetapkan. Jika banyak hutang jangan buat hutang lagi. Hutang member korang janganlah lupa bayar. Ingat jasa sikit. Tak aman hidup korang nanti buat aniaya orang.

 

27. Mulakan Melabur
Pilih instrumen pelaburan yang sesuai dengan korang. Kaji dahulu. Jangan ikut orang. Banyak instrumen pelaburan yang diyakini seperti Tabung Haji.

 

28. Jauhi Skim Cepat Kaya
Tidak ada jalan pintas untuk jadi kaya. Jadi, jangan mudah terpengaruh dengan skim yang ditawarkan. Jika satu peluang pelaburan yang terlalu bagus dan mantap keuntungannya, takde nya dorang nak ajak korang join. Baik dorang tolong keluarga dorang je.

 

29. Membuat Bajet dan Memantau Perbelanjaan
Sebelum berbelanja, buat dulu bajet. Sekurang-kurangnya korang tahu ke mana duit korang pergi. Seminggu sekali pantaulah perbelanjaan korang. Sama ada mantap ataupun kelaut.

 

30. Berjimat-Cermat Tetapi Tidak Kedekut
Berjimat dan kedekut itu dua perkara yang berbeza. Berjimat bermaksud tidak membazir, beli barang yang perlu sahaja tetapi tidak kedekut untuk menderma dan bantu adik-beradik dan sebagainya.

Sama-sama kita berubah demi mencapai masa depan yang lebih baik.

 

Sumber artikel disini

Sumber gambar

Comments

comments