3 tahun, ada simpanan RM18K. Macam mana nak buat?

0
937

Baru mula bekerja dan pegang duit sendiri, mestilah nak enjoy sikit kan? Dah penat-penat belajar, dapat pegang duit sendiri, lagilah bertambah rasa gembira.

Tak salah nak enjoy. Cuma berpada-pada. Kewangan jaga jangan sampai rabak. Elakkan berhutang yang tak perlu. Jelaskan matlamat kewangan seawal bekerja. Katakan korang nak target beli rumah sendiri dalam masa 3 tahun dan baru nak bermula menyimpan duit.

Apa cara yang boleh korang buat? Jom hadamkan perkongsian ini.

Katakan gaji bersih RM2000

  • PTPTN = RM200
  • Sewa bilik + bil = RM300
  • Duit mak ayah = RM300
  • Perbelanjaan diri = RM800
  • Simpanan = RM400

Kalau korang konsisten simpan RM400 setiap bulan selama 3 tahun, tengok-tengok dah ada RM14400. Lagi banyak korang simpan, lagi banyak korang akan ada. Kuncinya bermula awal.

Ataupun lagi bijak, RM400 tu korang pecahkan kepada 2 bahagian. Satu bahagian kepada simpanan biasa. Korang boleh pilih sama ada nak simpan di Tabung Haji atau ASB. Satu bahagian buat sijil ASB Financing RM50,000 untuk tempoh pembiayaan 30 tahun dengan ansuran bulanan RM270.

Katakan korang pilih untuk simpan di Tabung Haji RM130 sebulan. Konsisten simpan setiap bulan dalam masa 3 tahun. Dalam masa 3 tahun anggaran terkumpul RM 4680 (tak masuk hibah TH).

Dalam masa yang sama, korang mohon ASB Financing RM50,000.

  • Tenure 30 tahun
  • Tiada lock-in-period
  • Takaful optional
  • Promo rate 5.05%

Gunakan teknik compounding. Maksudnya korang konsisten bayar untuk 3 tahun dan tak usik dividen. Selepas 3 tahun, berapa hasil yang korang dapat?

Sumber : Siti Zulaikha
Sumber : Siti Zulaikha
Sumber : Siti Zulaikha

RM50,000 – RM47691 = RM2309
RM2309 (surrender value) + RM11,252 (dividen)= RM13561

Jadi dalam masa 3 tahun, jumlah anggaran simpanan korang ada dalam RM 18,241 (TH dan ASB Financing).

Dengan simpanan sebanyak tu, korang boleh cuba ushar rumah harga RM150,000.

Kalau korang tak nak beli rumah lagi pun tak apa. Nak buat belanja kahwin pun boleh sangat dengan RM18K tu. Terpulang pada matlamat kewangan masing-masing.


Peringatan #1 : Bila buat sesuatu, buat mengikut kemampuan dan tahap kewangan kita. Nak layan ASB Financing, kena tahu strategi apa yang sesuai dengan poket kita.

Peringatan #2 : Kiraan berdasarkan kadar keuntungan bank 5.05% (kadar promosi) dan dividen 7% setahun.

Peringatan #3 : Nak tengok berapa anggaran dapat melalui ASB Financing, yang menggunakan Android, boleh download app Financial Calculators. Bagi yang menggunakan IOS, download app EZ Financial Calculators.

Mulakan langkah untuk capai matlamat kewangan korang. Bersabar sekejap untuk 3 tahun pertama bekerja ni. InsyaAllah usaha kita tak sia-sia.

Silakan SHARE perkongsian ini jika korang rasa bermanfaat.

Perlukan bantuan saya untuk terangkan lebih lanjut strategi capai matlamat kewangan menggunakan ASB Financing? Boleh tekan link di bawah untuk whatsapp saya. Saya bantu.

ASBF/Promo
ASBF/Promo

Comments

comments