3 perkara asas dalam perancangan kewangan yang anda harus tahu

0
3101

 

Dalam perancangan kewangan, benda paling asas adalah pendapatan (income), perbelanjaan (expenses) serta simpanan (saving).

#1: Pendapatan

Lagi banyak pendapatan korang lagi bagus. Kalau ada pendapatan pasif, tu adalah bonus. Antara sumber pendapatan pasif adalah dari pelaburan. Maknanya duit bekerja untuk anda tanpa perlu anda bekerja keras.

Selain dari kawal perbelanjaan kita, apa kata kita cuba untuk cipta atau cari pendapatan tambahan. Dengan itu, kita tak la terasa sangat dengan kekangan inflasi dan peningkatan kos hidup. Terlalu banyak peluang untuk dapat pendapatan sampingan buat masa sekarang antaranya buat bisnes online atau jadi dropship, jadi ejen takaful, jadi ejen unit amanah, buat uber atau grabcar dan lain-lain lagi.

 

#2: Perbelanjaan

Lagi satu perbelanjaan, banyak mana pun pendapatan korang, kalau tak boleh nak kawal perbelanjaan korang pun tak guna jugak. Lagi parah kalau perbelanjaan melebihi pendapatan. Ini masanya untuk kawal perbelanjaan kita. Sediakan bajet perbelanjaan bulanan untuk memastikan perbelanjaan kita tak tersasar dari keperluan kita. Paling penting untuk kita kenal pasti sama ada perbelanjaan kita itu adalah keperluan atau kehendak. Utamakan perbelanjaan keperluan dan tangguhkan perbelanjaan untuk kehendak. Dah tahu bezakan yang mana keperluan, yang mana kehendak?

 

Masih ingat dengan formula I – S = E ?
Korang tau tak apa maksudnya?
Okey, sebenarnya apa yang dimaksudkan ialah

I – S = E
Pendapatan (Income) – Simpanan (Saving) = Perbelanjaan (Expense)

Nampak tak teori ini sarankan kita dahulukan menyimpan sebelum berbelanja. Ini supaya kita boleh kawal simpanan bulanan kita. Kalau belanja dulu, agak-agak ada tak simpanan tu? Hehehe.

 

#3: Simpanan

Kita selalu dengar, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Camtu juga lah dengan konsep menabung, simpan la duit sikit-sikit, mana tahu boleh buat beli rumah atau melancong.

Saya suka galakkan untuk anda semua mempunyai lebih dari satu tabung. Dalam masa yang sama korang sepah-sepahkan Duit Tabungan Anda.

Maksudnya di sini ialah korang variasikan tabungan anda, beli tabung masjid, beli tabung ayam dan pelbagai lagi. Kalau boleh tabung tu jangan kat satu tempat jer. Kalau boleh selit tepi bantal, simpan dalam laci pun ok.

Motifnya, supaya susah korang nak cekau masa terdesak, sebab masa terdesak, otak tak boleh berpikir dengan waras, ingat nak duit cepat jer. So, duit korang lupa simpan masa terdesak tu, selamatlah kejap!

Cuba bayangkan kalau korang simpan RM50 sebulan, kurang-kurang setahun korang boleh dapat RM600 dah. Not bad dah tu kan. Ala takkan takleh simpan RM50 sebulan kot, belanja awek kat Secret Recipe pun dah abes lebih dari RM50. Tu belum masuk suap-suap kek Indulgence lagi tu kan? 

 

#4: Simpanan Kecemasan

Jap-jap, tabung simpanan kecemasan jangan dilupakan. Definisi tabung kecemasan ini agak subjektif kerana setiap orang mempunyai definisi yang berbeza mengikut gaya hidup, kos sara hidup serta jenis dan status pekerjaan semasa. Lebih berisiko status kerja anda, mungkin lebih tinggi nilai tabungan kecemasan yang diperlukan.

Bagi saya, definisi tabung kecemasan ni lebih kepada kegunaan di kala berlaku peristiwa luar jangkaan atau peristiwa yang boleh menyebabkan anda hilang punca pendapatan contohnya diberhentikan kerja atau anda ditimpa kemalangan. Takde kerja atau tak boleh kerja, akan menyebabkan anda hilang punca pendapatan kan?

Anda perlu simpan duit untuk tujuan tabung kecemasan ini di tempat yang mempunyai kecairan yang tinggi (easily liquid) dan tidak berisiko tinggi. Yang penting, pastikan tempat yang anda simpan duit tu, anda boleh dapat pada hari yang sama di saat anda perlukannya. Maksudnya kat sini, di saat anda nak guna tu, anda terus boleh dapatkannya dengan cepat tanpa perlu menunggu lama dan wang anda tidak susut nilai.

Saya galakkan untuk anda simpan duit tabung kecemasan anda di tempat berikut :
1 – Tabung Haji
2 – Simpanan ASB (Bukan ASBF!)
3 – Simpanan Tetap (Fixed Deposit)

Mana lagi boleh simpan? Yang tu mungkin anda lebih arif dari saya. Cuma pastikan tempat yang anda simpan tu mempunyai kecairan yang tinggi serta tidak mempunyai risiko susut nilai.

Ok, tu saja saya dapat refresh buat masa ni, nanti kita sembang lagi dari persepsi yang lain pula.

Sekian, terima kasih.

 

Artikel ini telah disumbangkan oleh Tuan Firdaus Pay

Sumber gambar

Comments

comments