3 langkah persediaan yang anda harus buat sebelum mula melabur

0
547

Nak mula melabur, bukan boleh main terjah je. Silap hari bulan, boleh melebur.

Tak usah gopoh melabur kalau kita tak lengkapkan diri dengan ilmu terlebih dahulu. Dengan ilmu, kita akan melabur dengan bijak dan tahu kemampuan kita.

Jom baca perkongsian Tuan Firdaus Pay tentang persediaan sebelum melabur ni. Anak muda, hadamkan betul-betul.

Samada kita nak melabur atau melebur, ia biasanya pilihan kita sendiri.

Bersediakah anda untuk melabur?

Langkah #1 : Timba Ilmu Pelaburan

Ilmu adalah benda paling penting dalam segala jenis pelaburan. Semakin bertambah ilmu kita, semakin banyak ruang dan teknik yang kita boleh amalkan mengikut kesesuaian kewangan kita.

Oleh sebab itu juga, pendidikan kewangan dan pegurusan pelaburan di peringkat awal amat digalakkan. Tak kisahlah pelaburan apa yang anda minati, pastikan anda kaji potensi pulangan keuntungan serta risiko untuk mengelakkan kerugian yang besar.

High risk, high return. Tu biasa kita dengar, tapi saya lebih suka amalkan “moderate risk with stable return”. Ikut risk appetite kita sendiri la kan. Tepuk dada, tanya iman.

 

Langkah #2 : Tentukan Objektif Pelaburan

Objektif atau matlamat pelaburan kita adalah benda paling penting. Melalui matlamat pelaburan ini, kita boleh rangka perancangan kewangan dan pelaburan kita.

Sebagai contoh; Apa yang kita mahu capai dalam pelaburan hartanah? Adakah “Capital Appreciation” atau “Positive Cashflow on Rental Income”. Benda ini akan menentukan hala tuju pelaburan hartanah kita.

Begitu juga instrument pelaburan yang lain, pastikan objektif pelaburan kita jelas, kita ambil tahu tentang jenis pelaburan yang terbaik serta kita kaji risiko bersesesuaian “suitability assessment”.

Set your investment goal, plan and execute towards meeting its objective.

 

Langkah #3 : Pilih Instrument Pelaburan Bersesuaian

Pilih jenis portfolio pelaburan yang anda ingin teroka untuk tujuan pelaburan anda. Jenis pelaburan yang anda pilih akan menentukan matlamat pelaburan anda.

Matlamat pelaburan yang lebih spesifik atau jenis yang lebih mudah dicapai sama ada matlamat pelaburan jangka pendek, sederhana atau jangka panjang.

Pelabur yang bijak akan fokus kepada pelaburan yang sesuai dengan dirinya serta akan mengelakkan diri dari pelaburan berisiko tinggi dan tak diiktiraf antaranya seperti Skim Cepat Kaya atau Multi Level Marketing yang keupayaan “going concern” agak diragui.

Semoga perkongsian saya dapat memberi sedikit pencerahan kepada kawan – kawan.

Kami percaya, dengan ilmu dan langkah yang betul, kita dapat melabur dengan betul.

Elakkan diri terpedaya dengan pelaburan yang tidak betul. Pilih pelaburan yang sesuai dengan kemampuan kita.

Perkongsian ini bermanfaat untuk korang? Boleh SHARE kat kawan-kawan korang yang baru nak mula melabur tu. Semoga dapat membantu.

Comments

comments