3 jerat pembiayaan perumahan yang wajib anda tahu sebelum anda menyesal

0
400

 

Bila nak beli hartanah, seboleh-bolehnya kita nak pilih yang sesuai dengan kehendak kita. Kan?

Bagi yang berimpian nak rumah untuk duduk sendiri, macam-macam usaha dilakukan. Antaranya adalah manfaatkan skim-skim pembiayaan yang ditawarkan.

Sebelum teruja dengan pembiayaan perumahan, ada beberapa jerat yang korang wajib ambil kira sebelum korang buat keputusan untuk beli rumah.

Nak tahu apa jerat tersebut? Jom hadamkan sama-sama perkongsian Tuan Mohd Fadhli Mohd Fauzi ni. Semoga bermanfaat.

Untuk kita-kita yang tak mampu beli rumah secara tunai, terpaksa mohon pembiayaan perumahan daripada institusi kewangan ataupun badan tertentu contohnya LPPSA. Ada banyak kelebihan yang ditawarkan dalam institusi tertentu contohnya had pembiayaan 100%, had kelayakan yang tinggi, pembiayaan bersama pasangan dan lain-lain.

Tapi AWAS! Semua kelebihan ini mungkin menjerat hidup anda!

Lepas baca, klik share.

 

#1 : Had pembiayaan 100%

Bagi penjawat awam, LPPSA menawarkan pembiayaan sehingga margin 100% harga rumah termasuk yuran guaman untuk pembiayaan. Maknanya, jika kelayakan mereka 270K, mereka boleh beli rumah harga《270K dengan pembiayaan penuh dan kos guaman pembiayaan juga turut bolrh dibiayai.

Bagi penjawat swasta dengan gaji tertentu, ada juga skim yang menawarkan pembiayaan 100% contohnya skim rumah pertamaku (dengar khabar ditangguhkan sementara, entahla).

Individu yang belum celik hartanah terutamanya yang baru kerja pasti akan menyangka mereka tak perlu keluar duit sendiri kerana boleh margin pembiayaan adalah 100%. Maka, buat apa nak risau untuk menyimpan deposit beli rumah. Sebab itu ramai yang mulakan kerjaya dengan pembiayaan peribadi, diikuti pembiayaan kereta.

“Tabung rumah? Kan boleh pembiayaan penuh,” kata mereka.

Hmm.. takpe, nanti masa mereka mula survey untuk beli rumah, baru mereka tahu pembiayaan penuh pun lazimnya kena bayar deposit juga; biasanya 10%, kadang-kadang 3%, dan jarang-jarang 1%, walaupun ada juga yang boleh dapat 0%. Bayaran deposit tu akan dipulangkan selepas pembiayaan fully disbursed.

Maknanya, kalau beli rumah 200K dengan pembiayaan penuh, owner biasanya akan minta 3% -10% juga sebagai cagaran di mana jika buyer batalkan perjanjian, deposit tersebut akan hangus dan dianggap pampasan kepada owner.

Apapun, kalau deposit 0% sekalipun, untuk rumah undercons, kena juga keluar duit lepas siap nanti untuk renovasi rumah sikit. Untuk subsale, kalau dapat rumah yang cuci kaki je terus masuk takpelah juga.

 

#2 : Had kelayakan tinggi

Bagi penjawat awam, had kelayakan pembiayaan mereka sangat tinggi melalui LPPSA. Malah jumlah potongan dalam slip gaji dibenarkan sehingga 80%!

Bagi penjawat swasta, bank menetapkan had potongan bagi bayaran segala macam ansuran pembiayaan pada 40% – 70% daripada gaji bersih sahaja. Taklah semewah penjawat awam melalui LPPSA.

Ramai penjawat awam terperangkap dengan had kelayakan tinggi ini dengan terus membeli rumah idaman sebagai rumah pertama, yang biasanya mereka jadikan rumah terakhir mereka juga.

Kemudian, hidup berpindah randah. Rumah kena bayar ansuran tinggi sebab dah pulun had maksimum, tapi sayang nak sewakan.

 

#3 : Pembiayaan bersama

Ada juga yang menggabungkan had kelayakan suami dan isteri demi membeli rumah idaman pada harga gabung kelayakan.

Dua-dua layak 340K, jadi bolehlah beli rumah 680K. Landed, undercons, besar. Konfem, ini rumah idaman.

“Layak, kan? Kenalah manfaatkan kelayakan ini,” kata mereka.

A’ah, menang layak, tapi sebenarnya ramai yang tak mampu.

Apabila gaji mula dipotong untuk bayar rumah, baru perasan baki gaji yang ada cukup-cukup untuk bayar pembiayaan peribadi dan pembiayaan kereta. Nak dijadikan cerita, dua-dua kena pindah tempat kerja, jadi rumah idaman kosong. Nak sewakan rasa sayang. Hmm..

Tapi kalau had kelayakan memang rendah dan terpaksa buat pembiayaan bersama, itu tak mengapa. Asalkan tujuannya adalah membeli rumah keperluan dan bukannya rumah impian.

 

Banyak kelebihan pembiayaan yang boleh dimanfaatkan, namun jangan sampai terjerat. Ajak pasangan, adik beradik, dan kawan-kawan baca pos ini bersama-sama. Lepas baca, klik share jika bermanfaat.

 

 

Comments

comments