22 jenis tabung yang anak muda boleh mula buat untuk 2018

0
600

Bila tak tahu nak bahagikan duit yang ada, ada orang hadapi masalah simpanan asyik bocor. Dah simpan, namun makin berkurang. Kejap masuk kejap keluar.

Korang ada masalah yang sama?

Nak tahu satu perkara tak?

Kalau korang ada matlamat yang jelas nak buat apa dengan duit korang, korang boleh elakkan masalah simpanan bocor ni daripada terus-terusan terjadi.

Tahun 2018 ni jom kita tingkatkan simpanan. Penting sangat untuk ada simpanan ni.

Hadam dan jom amalkan ilmu perkongsian 22 jenis tabung anak muda dari Tuan Amir Syahir ni kalau korang serius nak ubah tabiat kewangan korang.

Setiap tabung simpanan perlu ada matlamat dan tujuannya supaya simpanan tersebut boleh disimpan dan digunakan sebaik mungkin.

Jika kita ada matlamat, kita tahu kemana wang kita akan pergi dan tabung simpanan akan lebih jelas.

Setiap orang mempunyai matlamat dan jumlah simpanan yang berbeza-beza bergantung kepada jumlah pendapatan dan komitmen tersendiri.

Semakin besar tanggungjawab, semakin banyak tabung simpanan yang kita perlu ada.

Berikut adalah jenis-jenis tabung anak muda yang boleh di lakukan di tahun 2018. Mulakan sekarang pun boleh lah. Jom.

Sumber : Amir Syahir
Sumber : Amir Syahir

Menyimpan perlukan usaha yang berterusan disiplin yang tinggi dan teknik yang betul agar korang cepat memenuhkan tabung simpanan korang.

#1 : Tabung Kecemasan

Sumber : Amir Syahir
Sumber : Amir Syahir

Tabung paling utama yang perlu korang ada adalah tabung kecemasan. Paling minimum, jumlah simpanan perlu ada di tabung ini adalah 3 bulan pendapatan. Dah naik gaji, penuhkan kepada 6 bulan pendapatan.

Tabung kecemasan ini sangat penting jika ada perkara yang tidak diingini berlaku contohnya kereta rosak atau dibuang kerja.

Simpan 10% daripada pendapatan ke tabung kecemasan ini. Boleh simpan di Tabung Haji, ASB, ASB 2 ataupun di Amanah Hartanah Bumiputera (AHB).

 

#2 : Tabung Perubatan

Sumber : Amir Syahir
Sumber : Amir Syahir

Tabung wajib perlu korang miliki adalah tabung perubatan. Biar keluarga korang ada Perlindungan Takaful. Korang seharusnya memiliki pelan perlindungan antara 5% sehingga 10% daripada gaji.

Pelan perlindungan perubatan ini penting agar korang tidak terbeban dengan kos perubatan sekiranya berlaku perkara yang tidak dijangka.

Korang juga perlu bijak dalam memilih pelan perlindungan takaful korang tu.

 

#3 : Tabung Pelaburan

Sumber : Amir Syahir
Sumber : Amir Syahir

Buatlah tabung pelaburan sebanyak 20-30% daripada simpanan korang bagi menjana pendapatan yang lebih. Mulakan melabur daripda usia muda

Banyak instrumen pelaburan yang diyakini dan patuh syariah. Jika pendapatan kecil, mulakan melabur dengan ASNB yang produk unit amanah berunit tetap seperti ASB, ASB2, AS1M, ASW dan ASD.

Bahan Bacaan Lain: ASBF Untuk Newbie

 

 

#4 : Tabung Perbelanjaan Tetap

Sumber : Amir Syahir
Sumber : Amir Syahir

Tabung ini adalah tabung perbelanjaan bulanan korang. Korang kena pastikan jumlahnya sama dengan perbelanjaan bulanan korang.

Jika gaji korang lambat masuk pun, segala berbelanjaan, hutang komitmen dengan bank mampu korang selesaikan tanpa terlewat bayar.

 

#5 : Tabung Rumah Pertama

Sumber : Amir Syahir
Sumber : Amir Syahir

Bina satu tabung sebagai deposit rumah untuk tempoh 2 hingga 5 tahun. Mulakan menyimpan di usia muda. Jika korang tiada banyak komitmen, simpanlah dengan lebih banyak di dalam tabung ini.

Bahan Bacaan Lain:

Bergaji RM2000 Dapat RM18K++ Selepas Dua Tahun. Dapat Beli Rumah, Kereta Dan Belanja Kahwin

 

 

#6 : Tabung Pendidikan Anak-Anak

Sumber : Amir Syahir
Sumber : Amir Syahir

Buka satu akaun Tabung Haji, Amanah Saham Bumiputera ataupun SSPN untuk menyimpan dana pendidikan anak-anak.

Jika korang mula menyimpan masa anak-anak di usia satu tahun,jika mereka melanjutkan di universiti, mereka tidak perlu membuat hutang pendidikan lagi.

Bahan Bacaan Lain:

Dana Simpanan Pendidikan Anak Sebanyak RM133K Dalam Masa 18 Tahun

 

 

#7 : Tabung Persaraan

Sumber : Amir Syahir
Sumber : Amir Syahir

Jika korang dah masuk umur 35 tahun ke atas, tabung ini wajib dicipta. Simpanan ini boleh dijadikan sebagai tambahan kepada simpanan KWSP korang. Boleh simpan 10%-20% daripada pendapatan. Korang juga boleh melabur di unit amanah yang diyakini.

 

#8 : Tabung Deposit Kereta

Sumber : Amir Syahir
Sumber : Amir Syahir

Cuba tingkatkan deposit kereta 20% daripda harga kereta. Ansuran kereta korang akan lebih rendah dan tempoh pembiayaan kereta akan lebih singkat.

 

Bahan Bacaan Lain:

Cara Bijak Beli Kereta. Dapat Kumpul Deposit Rumah RM29K Selepas 3 Tahun

 

 

#9 : Tabung Perkahwinan

Sumber : Amir Syahir
Sumber : Amir Syahir

Mulakan menyimpan untuk belanja kahwin korang yang bujang tu. Simpan bersama bakal isteri akan lebih menyeronokkan. Jangan buat pembiayaan peribadi untuk kahwin.

 

Bahan Bacaan Lain:

Cara Kumpul Duit Kahwin RM52K Dan Beli Rumah RM200,000

 

 

#10 : Tabung Emas

Sumber : Amir Syahir
Sumber : Amir syahir


Simpan untuk membeli satu gram emas setiap bulan. Boleh juga bulan ini beli, bulan depan rehat. Ikut kesesuaian dan kewangan sendiri. Ataupun beli masa harga emas menurun.

 

#11 : Tabung Bercuti 

Jika korang kaki bercuti ataupun selalu berjalan-jalan, sediakan satu tabung untuk menampung kos perbelanjaan pergi melancong tersebut. Barulah lepas balik bercuti korang tak pokai.

 

#12 : Tabung Perayaan

Sumber : Amir Syahir
Sumber : Amir Syahir

Musim perayaan paling banyak korang akan berbelanja. Nak beli baju baru, kos minyak, tol untuk balik kampung. Jadi, simpan RM100- RM300 sebulan untuk sambutan perayaan nanti.

 

#13 : Tabung Umrah & Haji

Sumber : Amir Syahir
Sumber : Amir Syahir

Simpanan wang di dalam akaun Tabung Haji dan jadikan sebagai perbelanjaan haji atau umrah. Kumpul wang untuk pergi umrah jika giliran pergi haji kita masih lambat lagi.

 

#14 : Tabung kos kereta

Sumber : Amir Syahir
Sumber : Amir Syahir

Tabung ini bertujuan menyimpan wang untuk servis kereta, kos minyak, menukar tayar atau membaiki kereta rosak.

Buat simpanan setiap bulan bagi mengelakkan korang terbeban pada hujung tahun. Insuran kereta pun perlu bayar juga. Simpan RM100 sebulan pun okay.

 

#15 : Tabung Kebajikan

Sumber : Amir Syahir
Sumber : Amir Syahir

Boleh digunakan untuk membantuk golongan yang kurang bernasib baik, untuk menderma ataupun menolong kawan-kawan yang mengalami musibah.

 

#16 : Tabung Keriangan

Sumber : Amir Syahir
Sumber : Amir Syahir

Tabung ini adalah untuk bersuka ria & berseronok bersama keluarga dan rakan-rakan.

Boleh dijadikan sebagai tabung simpanan untuk korang membeli sesuatu. Contohnya jam baru, kamera DSLR, Go Pro ataupun telefon bimbit baru.

Simpan 10% dari wang pendapatan untuk tabung ini. Ia boleh dihabiskan pada bulan tersebut, atau dikumpul untuk tujuan melancong pada masa akan datang.

 

#17 : Tabung Berwarna

Sumber : Amir Syahir
Sumber : Amir Syahir

Simpan si Hijau (RM5) ataupun si Oren (RM20). Akhir tahun korang kira. Mesti korang gembira tengok tabung berwarna korang semakin penuh.

 

#18 : Tabung Ilmu

Sumber : Amir Syahir
Sumber : Amir Syahir

Simpan sebanyak 5%-10% daripada gaji untuk tabung pendidikan ini. Ia bertujuan membantu kita meningkatan ilmu pengetahuan dan kemahiran diri.

Bagi yang minat untuk melabur hartanah, bolehlah menyertai seminar, program dan membeli buku, ebook yang berkaitan untuk mendalami lagi ilmu tentang hartanah.

 

#19 : Tabung Syiling

Sumber : Amir Syahir
Sumber : Amir Syahir

Ada syiling duk atas meja, bawah meja tu korang kutip la simpan dalam tabung syiling. Mana tahu dalam setahun dapat simpan seratus dua ke. Lepas buat bayar tol balik kampung.

 

#20 : Tabung Cahaya Mata

Sumber : Amir Syahir
Sumber : Amir Syahir

Jika anak korang bakal lahir, cuba simpan sedikit untuk kos perbelanjaan pakaian, pampers, susu si kecil tu.

 

#21 : Tabung Ibadah Korban

Sumber : Amir Syahir
Sumber : Amir Syahir

Jika korang berhajat nak buat ibadah korban tahun 2018, korang boleh mula menyimpan mulai sekarang. Jika ambil satu bahagian, boleh menyimpan RM100-RM300 sebulan.

 

#22 : Tabung Masjid

Sumber : Amir Syahir
Sumber : Amir Syahir

Masuk masjid tu cuba biasakan masukkan duit dalam tabung masjid tu. Ia dapat melatih korang supaya tidak kedekut.

Tabung ni dibiarkan di masjid ye. Korang jangan angkut bawa balik pula. Kah!

Berapa jumlah dan pecahan (%) itu tak terhad. Boleh diubah mengikut kesesuaian dan tahap pendapatan masing-masing. Cuma jangan lebihkan tabung keriangan tu sudah la.

Selamat menabung ye. Kah!

Comments

comments