20 Panduan Untuk Memiliki Rumah Pertama Sebelum Mencapai Usia 30 Tahun

0
1603

 

Ramai anak muda tertipu dengan kehendak sehingga terpaksa menangguhkan hasrat dan impian untuk membeli rumah pertama disebabkan terlalu banyak komitmen dan hutang.

Hutang kereta, pembiayaan peribadi, kad kredit dan PTPTN yang tidak dibayar antara penyebab anak muda tidak mampu untuk membeli rumah pertama pada usia yang muda. CCRIS koyak, DSR hancur.

Jika kau mampu membayar ansuran kereta import mewah selama 9 tahun, kau sebenarnya mampu untuk membeli rumah pertama dengan harga yang sama dengan kereta import yang dibeli.

Jadi, antara perkara yang kau perlu tahu dan boleh buat ialah:

1. Menabung. Menabung itu mudah tetapi sukar untuk dibuat. Jika tidak konsisten, impian untuk memiliki rumah pertama hanya akan menjadi mimpi dan tinggal angan-angan. Jadi, berusahalah untuk jadikan impian itu sebagai kenyataan.

2. Semak kelayakan harga rumah yang layak dibeli bersesuaian dengan pendapatan kau. Jika pendapatan kau layak untuk membeli rumah yang berharga RM150,000, perlu ada simpanan deposit rumah lebih kurang 15% daripada harga rumah.

3. Buat tabung berwarna kumpul Si Hijau atau Si Oren supaya dapat memupuk minat untuk menyimpan. Bila tengok tabung dah banyak dengan Si Hijau atau Si Oren, mesti kau akan teruja. Nak belanjakan pun rasa sayang. Tak percaya, cubalah buat.

4. Masa bujang ni selalunya kau mampu untuk menyimpan lebih banyak. Sebabnya kurang komitmen. Jangan asyik makan dekat kedai hipster je. Dah la makanan sikit, kenyang sekejap je. Ada GST pula tu. Lepas tu bising duk bayar GST. Kedai tepi jalan tak nak makan. Pandang pun tak.

5. Sediakan bajet bulanan supaya perbelanjaan tidak lari daripada yang sepatutnya. Jika kau gagal untuk merancang, kau merancang untuk gagal.

6. Tidak perlu berjalan-jalan ke luar negara dengan awek sebab nak cipta kenangan indah bersama. Tetapi menabunglah bersama untuk buat deposit rumah dan tabung perkahwinan. Lepas dah kahwin, bolehlah pergi berjalan sama-sama. Lagi best.

7. Jika tak mampu menabung secara konsisten, amalkan potongan terus daripada akaun. Buat potongan ke Tabung Haji. Selepas 5 tahun, kau akan nampak hasilnya. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

8. Tangguhkan kehendak. Hidup di bawah kemampuan. Biarkan orang lain bergaya dan up to date. Yang penting kau tahu pengorbanan untuk 5 tahun yang pertama ini akan buat kau senang untuk 30 tahun yang akan datang.

9. Kurangkan perbelanjaan, tambahkan pendapatan. Ada banyak cara untuk menambah pendapatan. Jual secara online, dropship, ejen takaful dan sebagainya. Nak dengan tak nak je.

10. Lambat beli rumah sebab gaji kecil tak apa jangan lambat beli rumah sebab duk bayar hutang kereta lebih daripada kemampuan. Duk bayar hutang peribadi masa buat majlis kahwin misalnya. Buat setakat mana yang mampu. Ikut kemampuan. Ukur baju di badan sendiri.

11. PTPTN dan hutang lain jangan lupa. Rosak CCRIS hancurlah harapan untuk memiliki rumah pertama.

12. Gaji tinggi tak guna jika ada hutang yang banyak. Amalkan beli secara tunai. Mencintai diri sendiri dan keluarga adalah lebih baik daripada mencintai hutang piutang.

13. Kad kredit jangan guna sehingga lebih kredit limit. Seelok-eloknya bawah 70%. Lambat bayar akan kena caj tinggi. Dapat gaji habis dok bayar kad kredit. Kalau tak boleh kawal, terminate lah.

14. Pembiayaan peribadi bukan penyelesaian kepada masalah kewangan. Usah gali lubang tutup lubang. Kalau tak mampu, jangan berhutang.

15. Jangan ikut cara orang. Kalau nak hidup senang, nak bergaya, hidup mewah, berusahalah. Jangan bergaya dengan cara berhutang. Itu bahaya!

16. CCRIS dan CTOS kena jaga. Jaga ia serupa jaga isteri. Jangan biar tercalar sikit pun.

17. Dah ada banyak tudung, baju, kasut tak perlu beli lagi. Jangan membazir. Duit tu boleh simpan dalam tabung rumah untuk buat deposit rumah. Pakai sampai habis, guna sampai rosak.

18. Amalkan simpan dahulu sebelum berbelanja. Bayar dulu diri sendiri sebelum habiskan duit gaji membeli belah.

19. Tak perlu beli kereta import mewah jika gaji korang bawah RM3000. Korang acah-acah nak ada kereta import buat apa. Setiap bulan bayar lebih seribu untuk kereta yang nilainya akan menjunam 30% setiap tahun.

20. Tak perlu pergi gathering kereta Honda City korang tu kalau tiap bulan korang nak bayar pun menderita. Nak pergi gathering pun kos petrol, pinjam member. Nak bayar cukai jalan pun kongsi bayar dengan awek.

 

Cuba ubah gaya pemikiran. Masa muda ni korang nak enjoy dulu. Nak beli kereta import mewah dulu. Nak travel dulu. Nak beli rumah lepas umur 30 tahun. Sebabnya ramai korang tengok orang buat gitu.

Apa kata korang beli rumah dan pada masa yang sama dapat juga beli kereta. Yang best lagi, orang lain yang tolong bayarkan ansuran kereta tu.

Jadikan rumah sebagai pelaburan jangka panjang. Permulaan seribu langkah bermula dengan satu langkah. Dan satu langkah ini adalah tabiat menyimpan. Takkan nak beli rumah dengan senyuman menawan korang je.

Gua mampu beli rumah banyak. Tapi gua sengaja tinggalkan sedikit untuk mereka yang baru habis bayar hutang kereta selama 9 tahun.

Ye gua tahu post gua panjang. Nak lukis gua pun tak reti. Kah!

Sumber artikel disini

Sumber gambar

Comments

comments