2 perkara penting yang anda perlu tahu sebelum beli rumah lelong. Baca perkongsian ini sampai habis.

0
2019

Antara perkara penting untuk beli rumah lelong:

Perkara #1 Market Value (MV – Harga Pasaran)
Kita perlu tahu bezakan antara Reserve Price, Market Value & Puchase Price. Apa yang saya perasan trend terbaru sekarang untuk pasaran rumah lelong, Reserve Price hanya 10% di bawah harga MV. Tu baru Reserve Price, belum lagi Purchase Price iaitu harga selepas lelongan tamat. Bank hanya akan memberi loan setakat harga MV, selebihnya pembida perlu top up duit sendiri.

Macam mana nak check MV? Boleh check kat banker, panel penilai (valuer), kat brickz.my pun boleh tau harga MV kawasan sekitar.

Perkara #2 Bil Tunggakan Maintenance & Utiliti
Jumlah tunggakan pun kita perlu ambil tahu. Biasanya jumlah tunggakan rumah lelong ini agak tinggi kerana pemilik asal dah lama tak bayar tunggakan. Pinjaman bank pun dia tak bayar, takkan dia nak bayar bil mantenance kot, nama pun rumah lelong. Bil tunggakan ini ada bank pelelong akan tanggung, ada yang bank pelelong takkan tanggung. Kena baca Proclamation of Sales (POS) dan Condition of Sales (COS).

Macam mana nak check? Senang je, pergi check dalam peti surat rumah lelong tu, tak pun pergi tanya pejabat mantenance tu ya.

Ok, tu saja buat masa ni kot untuk tips ringkas rumah lelong.

Rumah lelong ni, secara zahirnya harga reserve price nampak agak murah, tapi banyak kos tersembunyi yang perlu kita ambil tahu.

 

Semoga bermanfaat.

Sumber : facebook

Sumber gambar

Comments

comments