15 pihak yang dapat manfaat melalui pembelian rumah busuk

0
431

‘Rumah busuk’ memang tak ramai yang pandang. Ye lah, rupa pun tak se gah macam rumah lain kan?

Nak bagi cantik dan elok balik memang perlukan kesabaran. Dengan cantikkan rumah busuk ni lah ramai pihak boleh manfaat.

Ada lebih kurang 15 pihak yang dapat faedah bila kita cantikkan rumah busuk.

Nak tahu lebih lanjut? Hadamkan perkongsian best dari Tuan Ir Ajak Abdul Razak ni. Semoga bermanfaat.

Rumah busuk yang telah menjadi rumah wangi akan beri banyak faedah kepada banyak pihak antaranya ialah:

 

Pihak #1 : Bantu owner

Jika sebuah rumah busuk yang dilelong dibeli oleh seseorang, maka hutang owner akan dapat diselesaikan. Jika ada wang lebihan setelah dibayar jumlah hutang owner, wang lebihan akan diserahkan ke owner. Setelah hutang owner selesai, akan hilang status bankrup.

 

Pihak #2 : Majlis dapat hasil

Pihak majlis dapat hasil dari kutipan cukai pintu. Hutang tertunggak dapat di bayar.

 

Pihak #3 : Pejabat tanah dapat hasil

Pasti ada cukai tanah yang tertunggak oleh pihak owner. Pemenang rumah lelong akan bayar tunggakan semuanya.

 

Pihak #4 : Pihak utiliti

Antara pihak utiliti yang dapat manfaat adalah:

  • Tnb
  • Air
  • Iwk

Akan perolehi hasil macam biasa. Mungkin boleh dapat hasil tunggakan. Ikut keadaan juga.

 

Pihak #5 : Rumah strata

Jika rumah strata, pihak JMB juga akan dapat kutip hasil tunggakan maintenance.

 

Pihak #6 : Jiran pun heppy

Apabila rumah telah menjadi wangi:

  • Tidak ada semak samun
  • Tidak jadi sarang binatang berbisa
  • Tidak jadi sarang penagih
  • Pandangan sekitar rumah jiran nampak lebih cantik

 

Pihak #7 : Rumah wangi

Dapat memberi manfaat kepada bakal penyewa (jika rumah itu disewakan lah). Lebih dapat nilai jika disewakan kepada kawan -kawan yang kita kenal dengan kadar yang berpatutan.

 

Pihak #8 : Pelelong

Apabila berlaku proses lelongan awam, rumah ada pembida yang menang. Maka pelelong dapatlah ganjaran fee. Kongsi rezki nama nya

 

Pihak #9 : Agent hartanah

Agent hartanah juga akan dapat manfaat dari hasil transaksi rumah busuk samada bantuan sebelum lelongan atau jualan ke atas rumah yang sudah wangi. Dapatlah agent hartanah rezeki bersama.

 

Pihak #10 :  Pihak lawyer

Transaksi rumah busuk pasti tidak melepaskan pihak lawyer untuk dapat hasil fee. Pihak lawyer beri perkhidmatan professional melalui rumah nak di lelong dan selepas lelongan (Jika rumah wangi untuk dijual).

 

Pihak #11 : Pelukis pelan

Jika rumah busuk nak diwangikan, maka rezki juga kepada pihak pelukis pelan untuk melaksanakan proses kelulusan pelan ubahsuai.

 

Pihak #12 : Pihak kontraktor

Pihak kontraktor juga akan mendapat peluang untuk dapat job untuk repair rumah atau renovation. Antaranya adalah:

  • Kontraktor binaan
  • Kontraktor elektrik
  • Kontraktor pagar gril
  • Kontraktor aircond
  • Kontraktor kabinet

 

Pihak #13 : Pihak valuer

Jika transaksi itu melibatkan pembiayaan rumah, pasti tidak ketinggalan perunding valuer untuk memberi kan perkhidmatan.

 

Pihak #14 : LHDN

Transaksi rumah busuk tidak melupakan bayaran hasil setem duty kepada pihak kerajaan melalui lhdn.

 

Pihak #15 : Pihak bank

Manfaat bisnes juga kepada pihak bank yang memberikan khidmat perbankan melalui pinjaman ke atas transaksi rumah busuk.

 

Manfaat kepada semua:
Mungkin ada pihak lain lagi yang secara langsung atau tidak langsung akan terlibat dalam transaksi rumah busuk mahupun rumah wangi. Banyak faedahnya melayan rumah busuk ini. Itu sebab saya mengambil inisiatif untuk mewar-warkan keseronokan melayan rumah busuk.

 

Ganjaran pahala:
Saya yakin dan pasti, jika kita penyebab kepada kebaikan dan punca rezki kepada orang lain, pasti jua Allah akan memberi kan ganjaran pahala kepada kita jua. InsyaAllah. Dengan 1 transaksi rumah busuk akan memberi faedah sekurangnya kepada 15 pihak yang lain.
Betulkan?

 

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk

Nota:
Gambar sebenar projek terdahulu bagi rumah busuk menjadi wangi.

Beli ‘rumah busuk’ tak sama macam beli ‘rumah wangi’. Banyak benda yang perlu korang buat untuk elokkan rumah tersebut.

Dalam kita me’wangi’kan rumah, kita turut tolong beberapa pihak. Best ke best?

Perkongsian ini bermanfaat bagi korang? Jemput SHARE artikel ini supaya lebih ramai orang celik tentang hartanah.

Comments

comments