Bila nak renovate rumah, ada beberapa komponen yang korang boleh buat supaya rumah korang nampak lebih wangi. Jangan main bedal je renovate rumah sebab bukan semua yang direnovate akan diambil masuk masa nak tentukan nilai rumah. Kan dah rugi kalau renovate tapi tak memberi nilai.
Jadi sebelum korang tersalah langkah renovate rumah, jemput hadamkan perkongsian best dari Tuan Ir. Ajak Abdul Razak yang kami baca dekat Facebook beliau ini.
Semoga lepas korang baca ni korang boleh dapat idea apa yang nak ubahsuai rumah.
–
Dalam usaha untuk mewangikan sesebuah rumah busuk, ada beberapa komponen yang boleh dijadikan panduan.
Antara komponen untuk diambilkira sewaktu proses untuk ubahsuai adalah:
#1 Bina porch
Bina porch akan menjadi kan sebuah rumah busuk nampak lebih besar dan tersergam cantik. Pilihlah salah satu bentuk porch yang boleh dibina. Banyak bentuk yang ada. Jika tiada idea untuk pilih bentuk porch, pergi lah ronda-ronda naik kapcai di taman perumahan. Mesti dapat idea.
#2 Ruang tamu
Ruang tamu biasanya berada di kedudukan selepas pintu masuk utama untuk rumah teres landed. Jika dapat dibesarkan ruang tamu satu perkara yang baiklah. Jika ada sudut yang bersegi, luruskannya supaya terbina ruang yang lebih luas. Ruang tamu biasanya akan ditempatkan sofa set dan ruang untuk menonton tv serta menerima kunjungan tetamu yang datang.

#3 Sambung dapur
Jika di belakang rumah masih terdapat sedikit baki tanah , contohnya 5 kaki, bolehlah gunakan tanah itu untuk sambung dapur untuk nampak lebih luas dan besar. Ruang dapur yang asal boleh digunakan sebagai ruang untuk letak meja makan. Ruang dapur ini sangat penting bagi kaum ibu yang membuat pelbagai kerja di dapur. Banyak masa akan diluang kan di dapur untuk memasak makanan pada pagi tengahari malam.
#4 Baiki tandas
Tandas yang jenis lama memang nampak meloya kan? Maka ambillah kesempatan untuk membaiki ruang tandas. Jika boleh, pasang tiles lantai dan tiles dinding, gantikan jamban jenis duduk ,pasang sinki dan ada shower serta kepala paip.

#5 Pasang tiles lantai
Dengan memasang tiles lantai, ruang akan nampak lebih luas dan kemas sangat. Tambah pasang skirting untuk melengkapkan kemasan tiles . Pilihlah warna tiles yang sesuai pada setiap ruang tamu, bilik tidur, dapur, porch. Dengan kombinasi warna yang sesuai akan membuatkan rumah lebih nampak luas dan besar.
#6 Bina table top dan kitchen kabinet
Bina table top pada ruang dapur. Pilihlah satu sudut yang sesuai samada secara lurus ikut dinding atau pun yang berbentuk L. Gunakan warna tiles yang sesuai pilihan hati untuk table top. Pastikan ada sinki dan paip pada table top tu. Letakkan juga socket elektrik untuk mudah digunakan nanti. Lengkapkan kitchen kabinet pada table top. Pilih warna kitchen kabinet yang bersesuaian. Nak pasang pada ruang atas dan bawah kitchen kabinet sekaligus pun okey je.

#7 Pasang plaster siling
Plaster siling yang dipasang akan membuatkan rumah nampak lebih sempurna. Sedap je mata memandang sebab lebih kemas dan cantik. Saya lebih suka dengan simple plaster siling sahaja.
#8 Rewiring
Ambil kesempatan untuk rewiring sebuah rumah kerana pendawaian yang sudah lama akan mengundang bahaya. Susun atur semula kedudukan socket plug mengikut kesesuaian.
#9 Pagar dan gril
Pasang pagar untuk keselamatan rumah. Bentuk pagar juga memainkan peranan juga kerana pandangan pertama orang dari luar rumah memandang kepada rumah tersebut. Pagar ada jenis yang berharga mahal dan sederhana. Pilih lah ikut bajet korang ya?

#10 Susun atur kedudukan
Sewaktu untuk memulakan ubahsuai rumah busuk, cuba susun atur kedudukan yang sesuai. Contoh kedudukan ruang tamu, bilik tidur, ruang makan, ruang dapur dan tandas. Walaupun kadang- kadang rumah tidak besar mana pun hanya sebesar saiz rumah teres 18×60. Tapi jika disusun atur secara tepat akan menghasilkan ruang yang lebih maksimum luas nampaknya.
#11 Warna cat
Pilih lah warna cat yang bersesuaian dan mengikut kehendak masing-masing. Pilihan warna yang tepat akan memberi kesan terhadap sesebuah rumah itu. Saya dah cuba pelbagai gabungan warna cat terhadap kes kes rumah yang lepas
Dengan ada nya peluang untuk mengambil kira komponen komponen di atas terhadap usaha untuk mewangikan sebuah rumah busuk kepada wangi, ia akan membuat kan sesebuah rumah akan nampak sangat sempurna dan cantik. Semoga bermanfaat.
Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
15 Ramadhan 1438
Nota:
Gambar pada kes rumah yang lepas
Gambar sebelum dan selepas akan menampakkan perbezaan yang sangat ketara.

