10 tips beli rumah pertama yang newbie wajib tahu

0
412

Ada bermacam-macam cara untuk memilih hartanah yang baik. Ada yang memilih untuk membeli di kawasan tertentu. Ada yang beli je kat mana-mana pun asalkan dapat untung.

Cuma, bagi seorang newbie dalam hartanah, apa tips bagus untuk beli rumah pertama?

Tak ada ilmu bila membeli hartanah, ada peluang untuk tersalah beli. Mestilah korang taknak kan?

Nah hadamkan nukilan Tuan Harith Faisal ni. 10 tips ni bagus untuk newbie yang memang nak sangat beli rumah sendiri. Moga hasrat korang tercapai dalam masa terdekat.

Nak beli rumah pertama, tapi ilmu belum ada. Mari sini saya kongsikan 10 TIPS BELI RUMAH PERTAMA.

 

#1 Rumah Pertama Rumah Pelaburan

Kalau rumah pertama tu anda beli untuk duduk sendiri, agak sukar nak tambah rumah lagi. Lagi-lagi kalau rumah tu makan sebahagian besar gaji. Rumah pertama untuk pelaburan, hasil sewaan dikira sebagai pendapatan tambahan.

 

#2 Rumah Pertama Bukan Rumah Idaman

Semua orang teringin nak rumah besar, senibina moden, ruang tamu yang luas dan perabot yang mahal. Tapi cuba fikir rasional. Mampu beli sekarang dengan gaji RM2,500? Kalau belum mampu, beli rumah kecil pun tak mengapa. Takkan nak tunggu harga rumah naik lagi.

 

#3 Rumah Pertama Kecil Tidak Mengapa

Rumah besar, modal deposit dan kos-kos lain pun besar juga. Sekurang-kurangnya 15% daripada harga rumah. Secara asasnya, rumah kecil RM100,000 perlukan modal RM15,000 sahaja. Rumah RM300,000 pula perlukan modal RM45,000. Keluarga kita pun kan kecil lagi. Mengapa bayar lebih untuk bilik yang tidak berpenghuni.

 

#4 Rumah Pertama Bawah Harga Pasaran

Pasaran pada masa ini memihak kepada pembeli. Tuan rumah ada yang terdesak menjual rumahnya. Pembeli kena bijak nego selagi boleh untuk dapatkan harga terbaik. Elak beli rumah atas harga pasaran. Nanti anda yang merana nak keluar modal.

 

#5 Rumah Pertama Bukan Maksimum Kelayakan

Kalau layak rumah harga RM300,000, carilah rumah berharga RM250,000. Supaya mudah dapat kelulusan bank. Bagi ruang sedikit kepada DSR (Debt Service Ratio). Lain bank, lain cara kiraan kelayakan pembiayaan. Takut bank A sahaja kata layak RM300,000. Bank B, C, D, E cakap RM260,000 sahaja.

 

#6 Rumah Pertama Beli Dengan Ejen

Ejen Hartanah akan bantu mendapatkan rumah yang sesuai dengan bajet anda. Lebih-lebih lagi jika anda memang zero bab hartanah. Jangan percaya mitos “beli dengan ejen, harga rumah jadi mahal”. Ejen hari-hari berurusan jual beli rumah. Kita pula nak beli rumah setahun sekali pun belum tentu. Gunakan kepakaran mereka.

 

#7 Rumah Pertama Sebelum Berkahwin

Beli rumah di pasaran subsale sekurang-kurangnya 15% di bawah harga pasaran. Lepas tu kahwinlah. Bakal pak mertua pun seronok bila tahu bakal menantunya dah ada rumah. Terus green light. Rumah dapat, orang rumah pun dapat. Bijak!

 

#8 Rumah Pertama Sebelum Kereta

Beli 2 buah apartmen dengan masing-masing ansuran RM700 dan keduanya disewakan pada kadar RM900. Dapat aliran tunai positif RM400 daripada dua rumah, boleh pakai Proton Saga Plus percuma. Nak pakai Honda City percuma macam mana pula? Ini ideanya sahaja. Jangan lurus bendul. Ambil kalkulator, kiralah sendiri.

 

#9 Rumah Pertama Dengan Modal Minima

Beli rumah murah-murah sudahlah, nego dengan tuan rumah bagi deposit rendah atau beli rumah daripada pemaju dengan entry cost mudah dan guna pakej 100% pembiayaan bagi yang layak.
Saya kata modal minima, bukannya modal langsung tak perlu ada.

 

#10 Rumah Pertama Bukan Beli Ikut Nafsu

Pembeli rumah pertama biasa teruja dengan pelbagai iklan dan tawaran. Itu macam bagus. Ini pun macam bagus. Jangan ikut nafsu, tapi ikut ilmu. Ilmu bukan datang bergolek tapi perlu dicari. Sebelum melabur pada hartanah, lebih baik melabur dahulu pada ilmu. Takut-takut nanti duit untuk melabur entah je mana. Duit ‘melebur’ lagi adalah. Haha.

Kita mungkin tak boleh berkongsi harta dengan kawan kita. Tapi kita mesti boleh berkongsi ilmu dengan mereka. Kerana ilmu yang dikongsikan tidak akan berkurangan. Malah dapat pula pahala yang berpanjangan.

Comments

comments