10 sebab kenapa loan anda boleh direject oleh pihak bank

0
131

Bila bank reject permohonan loan kita, mestilah kita rasa tak best kan? Namun, sebelum kita nak rasa tak best tu, sebenarnya bukan 100% salah bank.

Kalau kita sendiri tak alert dengan keadaan kewangan kita, memang possible sangat lah bank reject loan kita.

Banyak sebab yang boleh menyumbang kepada situasi ni.

Jadi kami kongsikan 10 sebab untuk korang hadamkan betul-betul. Perkongsian ni kami dapat dari Cik Bella Leana.

Ada banyak sebab loan kita boleh declined. Korang nak tahu tak? Ok jom bella share sikit.

Sebab #1 : CCRIS history 

Dalam tempoh setahun ni, kita pernah ada tunggakkan bayaran 2 bulan dan berlarutan selama 3bulan berturut2. Maksudnya kat CCRIS kita tu ada nombor 2 sebanyak 3x. Walaupun dah 0 sekarang, tapi “sejarah” tu masih terlihat jelas. Kadang-kadang kalau kita tak justify kenapa kita ada sejarah tertunggak pun akan menyumbang ke arah loan “declined”.

 

Sebab #2 : Special Attention Acc (SAA)

Ada a few record SAA yang baru di selesaikan. Ada a few tu means lebih daripada 1 ok. dan hutang tu baru sangat di selesaikan. Walaupun kita hantar sekali dengan Settlement Letter, tapi tetap effect juga. Case to case basis

 

Sebab #3 : Baki Duit dalam Akaun Gaji

Ramai yang tanya Bella, berapa RM kena ada dalam akaun gaji? Soalan ni terlalu “General” susah giler nak justify sebab setiap orang berbeza2. Cuma suka bella nak ingatkan, kalau baki dalam akaun gaji kita tinggal RM4.56 15 hari sebelum next gaji. Berat sikit lah. Lagi berat kalau takde justification. Tengok pulak ada “advance” gaji tapi tetap habis jugak.

 

Sebab #4 : Property yang di beli

Selain daripada rekod kita, property yang kita beli tu pun mainkan peranan. Mungkin kita “terbeli” property di kawasan banjir. Atau market kawasan tu tak pernah naik2 walaupun dah lebih 10tahun. Atau mungkin juga ada issue dengan status geran. Pendek kata, kena study sikit lah property status yang kita nak beli tu. Jangan aci main hentam kromo je.

 

Sebab #5 : Property yang di beli melalui ahli keluarga terdekat

Mak ayah, adik beradik, mertua dan dsb. Bukan tak boleh, boleh. Tapi ada cases yang tak lepas di sebabkan status pembelian daripada ahli keluarga terdekat. Again case to case basis.

 

Sebab #6 : Employment status

Mungkin jawatan kita sekarang ni berstatus kontrak. Dan company kita pulak jenis “liat” nak bayar EPF. Jenis yang contribution bulan 1 tapi bayar pada bulan 5. Atau mungkin kita baru sangat pindah kerja, payslip baru hanya ada 1 bulan. Atau kita hanya ada Letter Offer kerja sahaja.

 

Sebab #7 : DSR + Cost of living

Lepas tolak segala komitmen, baki duit hanya ada a few hundred. Memang susah sikit lah nak lepas. Ye lah, kalau dah 80% gaji duk bayar hutang, nak hidup macam mana? Makan minum, utilities, mileage etc etc etc.

 

Sebab #8 : Dokumentasi

Dokumen tak lengkap. Bank statement takde lah, atau ada OT tapi bagi payslip cuma 4 bulan, sedangkan bank required 6 bulan. Atau mungkin juga hanya bagi dokumen “basic” sahaja. Malas lah tu nak hantar banyak-banyak.

 

Sebab #9 : Tiada Saving

Dah lah gaji cun2 jer, DSR exceed minimal percentage, baki akaun gaji pun kurang dari RM10, tapi saving sikit pun takde. What? Simpan bawah bantal? Errr, ok!

 

Sebab #10 : Ada saving tapi baru minggu lepas bank in

Baki buku TH or ASB, baki ada 5 angka. Tapi tempoh simpan baru 5 hari. Then, tiada bukti duit tu dari mana. Pun masalah jugak. Laaa, tadi takde saving nak saving, ni dah ada saving kenapa tak terima pulak? Bukan tanak terima, kalau tiada justification dan bukti transaksi, susah sikit lah. Sebab apa? Bank boleh fikir mungkin duit tu nak tumpang “parking” sekejap sebab nak bagi saving “cun”. Kena faham lagi ni apa maksud saving.

 

Bella bagi 10 dulu ya. Ada banyak lagi. Bella ada share kat dalam eBook ke2 bella yang sudah launched tahun lepas (Q&A 101 tentang financing). Macam biasa, soal jawab bella macam bella bercerita. Siapa yang dah baca eBook pertama bella mesti tau. Siapa nak boleh PM bella or drop kat komen.

Ok korang, kalau bermanfaat korang boleh Like, Comment dan Share. Jika tak, biarkan ia berlalu pergi. Ewahh.

Items kat atas tu sebagai rujukan bergantung kepada case to case basis. Ada banyak cara nak overcome. Dalam eBook bella cerita lebih lanjut. kat sini kang 3 pages pulak status FB bella.

Love,
Bella

Comments

comments