10 perkara tentang rumah busuk yang anda patut tahu sebelum mula membelinya

0
2679

 

Orang biasa, dia akan pandang rumah busuk dan rosak sebagai jijik. Tapi pelabur hartanah nampak rumah busuk tu peluang untuk buat untung segera. Jom layan 10 poin pasal rumah busuk.

Perkara #1 

Rumah busuk biasanya dijual di bawah harga pasaran. Sebab owner sendiri sedar diri yang rumah tu busuk dan ramai orang tak nak. Jadi, takkan dia nak jual mahal, kan.

 

Perkara #2

Rumah busuk ni kita masih ada peluang untuk nego harga bagi rendah sikit. Tapi yang penting, kena datang view rumah juga la. Tengok sendiri apa-apa kerosakan.

 

Perkara #3

Rumah busuk memang boleh kita beli murah, tapi janganlah tekan harga sangat kat owner dan ejen. Berpada-pada nego tu. Market value RM300K, kau nego RM100K. Ewah ewah ewah!

 

Perkara #4

Rumah busuk boleh dapat untung segera masa kita beli tu sebab kita dah beli bawah harga pasaran. Contoh, rendah RM50K daripada harga pasaran, tapi kos repair RM10K je. Flip pun okay.

 

Perkara #5

Rumah busuk ni memang ada peminatnya, lagi-lagi yang plan nak rolling modal. Nanti markup pinjaman, dapat cashback. Guna cashback beli rumah seterusnya.

 

Perkara #6

Rumah busuk ni tak semestinya kena beli daripada owner atau ejen saja. Banyak juga kat dalam pasaran lelongan. Rumah busuk, siapa nak kan? Lebih mudahlah nak dapat harga rezab.

 

Perkara #7

Rumah busuk ni boleh dibeli oleh orang yang rajin ataupun tak rajin. Kalau kita rajin, kita buatlah semua sendiri. Kalau tak rajin, upah sajalah orang lain tolong betulkan itu ini.

 

Perkara #8

Rumah busuk tak sesuai untuk anak muda acah-acah hipster yang nak rumah baru, moden, cantik dan wangi. Sebenarnya sesuai dengan poket dorang, cuma kehendak tu tak beragak.

 

Perkara #9

Rumah busuk ni dia ada kepuasan yang tersendiri bila dah selesai semua nanti. Iyalah, beli buruk kan. Lepas dah siap repair, renovate cantik-cantik, tak ke rasa seronok dan puas.

 

Perkara #10

Rumah busuk ni kalau kita nak beli, jangan cerita kat orang lain awal-awal. Sebab nanti semua orang kondem dan tak setuju dengan kita. Dorang tak tahu, memang macam tu.

 

Saya tak kata beli rumah busuk pilihan yang terbaik ya. No no no! Cuma rumah busuk ni adalah salah satu pilihan yang baik juga untuk beli rumah. Terpulang macam mana kita pandang peluang tu.

Rumah busuk pun, rumah juga. Dah touch up semua, cantik juga. Ala, samalah macam kau beli kereta biasa, tapi kat modify kasi gempak. Entah-entah kos modify lagi mahal dari harga kereta.

Bezanya, rumah busuk kau repair, renovate, tambah binaan kekal, harga dia akan sentiasa naik. Kereta kau tu? Hurm. Dahlah modify mahal gila, lama-lama jadi besi buruk juga.

Sumber artikel disini

Sumber gambar

Comments

comments