10 perkara ‘jangan’ anda lakukan dalam membeli rumah

0
2719
Sumber gambar : pixabay.com
Sumber gambar : pixabay.com

 

Sebenarnya bukan sahaja orang bergaji bawah 3,000 rasa tak mampu beli rumah, tetapi yang gaji 5,000 pun ramai yang masih rasa beli rumah itu susah.

Kenapa susah?

Sebab mereka buat 10 perkara yang tak patut dibuat dalam membeli rumah pertama. “Mereka” itu termasuklah saya masa dua tahun pertama mula kerja, dan mungkin juga anda yang sedang membaca, atau pasangan sehidup semati anda.

Jom baca kompilasi 10 JANGAN dalam membeli rumah.

 

#1 JANGAN tengok yang mahal sahaja; yang murah pun masih ada

Rumah mampu tengok harga sampai setengah juta konfem la kau tak mampu beli, tapi masalahnya itulah rumah yang kau suka tengok walaupun hanya sekadar mampu tengok sahaja.

Bila dikongsikan tentang rumah 100K, kau terus cop kawasan hitam, kotor dan busuk. Kau tau rumah 100K tu kau mampu beli, tapi masalahnya kau tengok pun taknak.

Rumah mampu tengok kau nak beli, rumah mampu beli kau taknak tengok.

 

#2 JANGAN tengok undercons sahaja; unit subsale dan lelong pun ada

Bila sebut tentang harga rumah, rata-rata akan kata tak mampu beli sebab harga rumah baru cecah setengah juta. Memanglah harga rumah baru memang ramai tak mampu, tapi jangan buat-buat tak tau masih ada pasaran rumah subsale dan lelong.

Subsale dan lelong pun rumah juga, setiap pasaran rumah ada pros dan cons masing-masing. Boleh cuba, tapi kena tahu dengan ilmu.

 

#3 JANGAN cari unit yang luas sahaja, yang kecil pun selesa juga

Baru kahwin belum ada anak dah nak berangan beli banglo, atau penthouse yang luas. Target luas rumah atas 1,000 kaki persegi.

Rilek. Mulakan dengan yang kecil dulu. Duduk berdua je kan. 650sqf pun ok dah kalau berdua atau bertiga atau berempat dengan anak kecil. Ini pun dah ambil masa 5 tahun kan dari kahwin hingga dapat 2 anak. Lepas 5 tahun hidup dah stabil boleh upgrade. Jangan gelojoh.

 

#4 JANGAN pandang unit landed sahaja; unit highrise pun ada juga

Takpelah duduk rumah atas angin pun, rumah juga kan. Takyah peduli kalau orang perli gaji 3,000 duduk flat, bukannya kacau hidup mereka pun. Lagipun bukannya mereka yang bayar duit rumah. Memang ramai spesis camni, so buat tak tau je.

Unit landed biasanya lebih mahal, pastu lebih sukar dapat cover installmen kalau terpaksa disewakan. Unit highrise ni murah sikit, kalau terpaksa sewakan pun biasanya mampu cover installmen. Play safe.

 

#5 JANGAN tengok unit wangi sahaja, unit busuk pun boleh dibaiki juga

Unit wangi yang perfect dan siap renovate biasanya lebih mahal dan renovation tu pun dah masuk dalam nilai pasaran. Memang sedap kalau beli pastu masuk cuci kaki je, tapi biasanya lebih mahal la harganya.

Rumah busuk boleh nego harga kaw-kaw, cuma kena ada modal untuk baiki. Yang ini kau boleh follow FB Ir Ajak Abdul Razak, pembeli tegar rumah busuk. Banyak pengalaman dan perkongsian tentang rumah busuk di FB beliau.

 

#6 JANGAN pilih ikut kemahuan; utamakan unit ikut keperluan

Kalau kau hidup bertiga, takyahlah mengidam beli rumah sampai 4 bilik. Dapat 3 bilik pun ok dah. Bila anak dah besar, upgrade rumah. Slow and steady, step by step.

Ikut kemahuan rumah idaman, memang lazimnya menjadi sekadar angan-angan. Bertindak dulu sedikit demi sedikit, lama-lama jadi rumah idaman.

 

#7 JANGAN beli untuk diri sahaja; belilah untuk anak-anak juga

Satu anak satu rumah. Rumah anak tu boleh jadi tabung pendidikan bila dia melanjutkan pelajaran nanti. Kalau sekarang kau dah rasa sesak dengan harga rumah, macam mana agaknya generasi anak-anak kita nanti.

Kita berkorban dulu dan belikan untuk mereka sebagai tabungan masa depan, lepas mereka kerja minta mereka beli daripada kita supaya mereka tahu erti pengorbanan. Cewah.

 

#8 JANGAN tengok harga jual sahaja, semak dulu nilai pasarannya

Ini penting. Kau tengok rumah 150K kau rasa murah, pastu kau bayar deposit 10%, tapi rupa-rupanya nilai pasaran 100K je. Kena pula dengan broker haram, pembiayaan bank pun dapat 90% daripada nilai pasaran je (iaitu 90K), mana kau nak cari 45k lagi sebagai topup? Kalau tak topup, deposit 10% hangus. Hmm..

Deposit hangus, kau terpaksa mula menabung semula. Aduhai.

 

#9 JANGAN beli semberono sahaja, ilmu hartanah kena ada juga

Kau boleh belajar the hard way dengan terjah je, tapi yuran pengajarannya bukanlah murah. Silap-silap duit tabungan deposit rumah kau kena tipu dengan scam banglo murah.

Kalau kau berminat nak 9 ebook kewangan dan hartanah pada harga murah, whatsapp EBOOK ke wasap.my/60132875793 . Nanti saya bagi detail melalui whatsapp. Kalau tak minat, abaikan.

 

#10 JANGAN asyik beralasan, tetapi carilah jalan

Kau tahu, selagi kau bagi alasan tanpa tindakan, selagi tu la kau berdiri statik di situ. Kau boleh cari jalan, belajar strategi melalui pembacaan, atau cari sesi laga lutut dengan pakar hartanah. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

 

10 JANGAN ini memang kesilapan biasa orang kita sampai tertangguh-tangguh untuk beli rumah sebab tak ukur ikut kelayakan, kemampuan dan keperluan tetapi sekadar melayan kemahuan. Ya, saya pun pernah jadi salah satu daripada mereka dan ramai lagi macam ini.

Kongsikan, supaya ramai yang buka mata dan mula membeli rumah pertama segera.

Mohd Fadhli Mohd Fauzi

Comments

comments