10 nasihat buat pasangan muda yang baru berkahwin

0
1681
Sumber gambar : amazonaws.com
Sumber gambar : amazonaws.com

Korang baru berkahwin mesti dah habis banyak duit kan. Lepas kahwin lagi banyak duit nak guna. Jadi, korang kena la ada perancangan untuk hidup selepas kahwin juga.

Jangan kumpul duit untuk buat belanja kahwin je. Kena fikir juga perbelanjaan selepas kahwin.

Berikut ada 10 nasihat buat pasangan muda yang baru berkahwin:

#1 Beli Rumah Yang Kecil Dahulu

Beli rumah yang selari dengan perkembangan keluarga korang terlebih dahulu. Biar kecil asalkan ada tempat untuk keluarga korang berteduh daripada korang duk menyewa sampai ke tua. Tak payah nak ikut orang. Orang beli rumah banglo, korang pun nak ikut juga. Padahal korang tak tahu berapa gaji dia sebulan.

#2 Beli Kereta Biar Sepadan Dengan Gaji

Belilah kereta yang rendah harganya. Keluarga korang masih kecil, elok beli kereta kecil dulu. Myvi, Viva atau Saga misalnya. Asalkan sampai ke destinasi yang dituju dan selesa untuk isteri dan keluarga korang. Beli kereta yang sesuai dengan pendapatan korang. Tak payah nak lawan dengan kawan-kawan yang lain.

 

#3 Jangan Ada Banyak Kad Kredit

Kad kredit tak payah banyak-banyak. Kalau suami dah ada kad kredit, isteri tak perlulah ada kad kredit lagi. Cukuplah satu untuk sekeluarga. Kalau korang bayar separuh je tiap bulan, baik tak payah guna kad kredit.

 

#4 Buat Bajet Kewangan Keluarga

Cuba buat bajet kewangan setiap bulan. Baru korang tahu ke mana aliran wang korang pergi. Bajet kewangan penting untuk korang mengatur kewangan keluarga korang.

 

#5 Belanja Mengikut Kemampuan Kewangan

Bila korang tengok kawan universiti korang beli kereta baru, korang rasa nak tukar kereta baru. Bila korang tengok kawan Fesbuk korang pergi travel oversea, korang menggelupur nak pergi sama. Jangan begitu. Seeloknya korang tangguh dulu kehendak dan utamakan keperluan. Kalau korang ada-ada takpe la. Ikut korang la nak buat apa pun.

 

#6 Elakkan Pembiayaan Peribadi Dan Hutang Yang Tidak Perlu

Kalau boleh jangan buat langsung pembiayaan peribadi. Kadar keuntungan bank tinggi. Melainkan hutang yang mampu mengembangkan lagi nilai bersih aliran tunai keluarga korang.

 

#7 Simpan Untuk Masa Hadapan

Simpanan setiap bulan yang minima mengikut kemampuan kewangan secara konsisten. Bina tabung untuk masa depan, contohnya tabung pendidikan anak-anak menggunakan tools ASB Financing ataupun Tabung Haji. Simpanan untuk membina aset, simpanan untuk jangka masa sederhana dan panjang.

 

#8 Jangan Beli Perabot Baru

Kalau perabot tu masih baru, tak rosak jangan mengada nak beli baru. Ini tiap raya nak tukar baru je. Perkakas elektrik selagi belum rosak pun guna dulu. Gua sampai sekarang tak beli televisyen lagi. Tidur pun guna tilam lipat. Rilek je dapat anak. Kah!

 

#9 Cipta Tabung Berwarna

Cipta tabung berwarna biru (RM1), hijau (RM5), merah (RM10), oren (RM20). Ikutla mana yang korang suka. Membina tabung berwarna keluarga lagi seronok rasa nak menyimpan. Gua buat tabung hijau je.

 

#10 Perbanyakkan Sedekah

Selalunya jika korang rajin bersedekah, korang akan murah rezeki. Rezeki yang datang tanpa korang duga. Korang sekeluarga tidak akan miskin jika melakukannya. Lagi banyak korang bagi kat orang, lagi banyak Tuhan bagi kat korang.

 

“Bila baru kahwin, bersederhanalah dalam setiap perbelanjaan. Lebih baik simpan duit untuk perbelanjaan yang lebih penting. Jangan ikut hati sangat semasa berbelanja. Kalau suami korang jenis boros, nasihat la sikit. Begitu juga sebaliknya.”

 

Akhir kata, berpada-padalah dalam berbelanja. Rancang kewangan keluarga korang dengan sebaik-baiknya. Bak kata pepatah, “belanja cermat, poket selamat”. Kah!

 

Artikel ini telah disumbangkan oleh Tuan Amir Syahir

 

Comments

comments