10 jenis tabung yang anak muda boleh mula ketika sudah bekerja

0
1575
Sumber gambar : pixabay.com
Sumber gambar : pixabay.com

Bila mula bekerja, pasti banyak benda yang kita rancang kan? Masuk je gaji, terus buat bayar itu ini. Kalau tak rancang kewangan bermula dari sekarang, ada kemungkinan korang bakal berdepan dengan masalah.

Mestilah kita nak elakkan masalah yang berkaitan kewangan kan. Oleh itu, boleh mula mencari ilmu pengurusan kewangan.

Kali ni kami kongsikan 10 jenis tabung yang anak muda boleh mula buat ketika mula bekerja. Jenis tabung yang dikongsikan ini tak semestinya korang kena buat semua. Tengok mana yang sesuai dengan korang ya?

Ada beberapa jenis tabung yang korang boleh buat bila mula bekerja. Antaranya adalah:

#1 Tabung kecemasan

Apa kegunaan tabung ni: back up plan jika ada apa apa yang perlukan duit urgent. Contoh, kereta korang rosak. Tabung kecemasan seeloknya minimum 3 bulan gaji. Boleh juga 6 bulan. Contoh jika gaji korang RM1000, cuba untuk simpan minima RM3000. Setiap bulan,asingkan duit gaji masuk tabung kecemasan.Jumlahnya terpulang pada strategi korang Lagi cepat penuh tabung kecemasan,lagi bagus.

 

#2 Tabung deposit rumah

Target untuk ada 15% dari harga rumah korang nak. Contoh target rumah RM200k, simpanan sekurangnya ada dalam RM30K. Booking rumah HARUS ada duit. Zaman sekarang, air liur je tak valid. Kenapa 15%? Untuk segala bagai proses. Contoh kalau target beli rumah dalam masa 3 tahun, setiap hari kena simpan RM27 .Peh! Tu contoh aje ok. Terpulang kepada strategi menyimpan korang.

 

#3 Tabung kahwin

Bila mula bekerja, targetkan juga untuk tabung kahwin. Jodoh tak sampai lagi takpe. Nanti dah sampai, korang kawen aje. Contoh target nak kahwin lagi 3 tahun, bajet kahwin RM20k, sehari kena simpan dalam RM18. Peh! RM18 sehari tu. Itu cuma contoh. Bajet kahwin terpulang pada masing masing. Personal loan untuk kahwin tidak digalakkan sama sekali. Nak kahwin, cari duit betul betul. Simpan dari sekarang.

 

#4 Tabung haji

Mula kerja, usahakan untuk daftar haji. Bukan semua orang dah daftar haji. Jadi usahakan untuk daftar haji dan mula simpan. Contoh target simpan untuk haji RM12K selama 3 tahun, setiap hari simpan RM11. Cepat cepat penuhkan tabung haji. Ada rezeki dapat pergi haji awal.

 

#5 Tabung pelaburan

Setkan juga duit untuk pelaburan. Pelaburan apa yang elok, itu korang kena study apa yang sesuai dengan korang. Setiap pelaburan ADA risikonya. Yang janji bulan bintang bergemerlapan tu, korang lari lah jauh jauh. Jangan mudah terpedaya. Okay?

 

#6 Tabung sedekah

Dari gaji korang, setkan bahagian untuk bersedekah. Sedekah tak kisahlah berapa amountnya. Asal ikhlas dan tak mengungkit. Berapa jumlah sedekah nak bagi, terpulang pada masing-masing. Ada lebih, bagi lebih.

 

#7 Tabung ILMU

Dari gaji korang tu, setkan bajet untuk ilmu. Buku, kelas, seminar. Cari yang sesuai dengan bajet korang. Contoh satu buku RM30. Sebulan korang beli satu buku pun ok dah untuk permulaan. MAHAL? Sehari simpan RM1. Cukup 30 hari dapatlah RM30. Cari buku yang boleh membantu tambah ilmu korang. Kalau buku kewangan dan pelaburan, nanti saya buat post lain.

 

#8 Tabung gembirakan parents dan famili

Ibu bapa kita adalah hadiah terbaik yang kita ada. Gembirakan mereka ikut kemampuan kita. Beri duit bulanan, belanja makan, balik jenguk kat kampung dan sebagainya. Selagi diberi peluang, gunakan seeloknya.

 

#9 Tabung kereta

Nak beli kereta tak salah. Serius. Beli lah. Cuma pastikan beli kereta ikut keperluan. Bukan sekadar nak bergaya. Bukan bayaran bulanan je kena ambil kira bila beli kereta. Minyak, maintenance, tol, parking. Huish banyak tu kena ambil kira.

 

#10 Tabung travel

Kebanyakkan orang suka travel kan. Setakat ni takde lagi orang tak suka travel. Travel ke hati jodoh pun kire travel jugak lah. Eh! Tak salah nak travel. Travel lah. Asal poket tak rabak. Kewangan jaga. Travellah sampai lebam sekalipun. Jangan pula korang berhutang semata-mata nak pergi travel.

Anak muda, rancanglah kewangan bermula dari sekarang. Jangan terlalu leka. Mulakan simpanan kerana simpanan akan membantu korang di masa depan. Nak beli rumah, nak kahwin, nak beli kereta, semuanya memerlukan duit. Rancang gaji supaya poket sendiri tak bocor.

Artikel ini telah ditulis oleh Cik Editor kami, Siti Zulaikha .

 

 

Comments

comments